CES2012: Polaroid Dedahkan Kamera Telefon Android

on Januari 14, 2012


Telefon pintar yang kita lihat hari ini semakin maju dengn pelbagai teknologi kameranya. Pelbagai strategi telah digunakan oleh syarikat telefon untuk memperkasakan telefon pintar mereka. Paloraid salah satu jenama dalam industri kamera digital telah menghasilkan sesuatu yang berlawanan. Pada CES2012 Polaroid telah mendedahkan sebuah kamera yang mempunyai ciri-ciri sebuah telefon pintar. Polaroid SC1630 Smart Camera ialah sebuah kamera kompak 16 megapiksel yang dikuasakan oleh Android, 3x zoom optikal (36-108mmm), skrin sentuh 3.2 inci, rangkaian WiFi, rakaman video 720p dan geotagging. Polaroid SC1630 juga boleh berfungsi sebagai telefon biasa. Sistem Operasi Android membolehkan penggunaan pelbagai aplikasi gambar dari Android Market. Akan dipasarkan mulai April dengan harga $300.

Sumber dpreview.
Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved