Ramalan Dunia Kamera Digital 2012

on Januari 05, 2012


Kita telahpun menjejak di tahun 2012. Menoleh semula dunia kamera tahun lalu pelbagai teknologi dan inovasi baru telah diperkenalkan. Dengan kemajuan yang semakin pesat, kamera telah berevolusi menjadikan kamera bukan lagi untuk mengambil gambar semata-mata. Bagaimanakah perjalanan dunia kamera tahun 2012? Penulis berkongsikan pandangan dan ramalan pergerakan industri kamera digital tahun 2012 hasil pemerhatian di tahun 2011.

1. Persaingan Mirrorless Interchangeable-Lens Camera (MILC)

Tahun 2011 meyaksikan mirrorless interchangeable-lens camera (MILC) atau electronic viewfinder with interchangeable lens (EVIL) atau apa sajalah terminologi yang anda faham telah mendapat permintaan yang menggalakkan. Statistik yang dikeluarkan oleh BCN di Jepun sepanjang 2011 merekodkan MILC menguasai 23.1%  dari total 83.3% pasaran kemera. Malahan, sebanyak 15 model MILC dikeluarkan sepanjang tahun 2011 berbanding hanya 8 model tradisi DSLR. Nikon dan Pentax merupakan nama baru yang menceburkan diri bersama-sama Sony, Olympus, Panasonic dam Samsung.

Peretasi yang memberangsangkan seperti Sony Nex-5N, kepantasan contrast-detection autofocus, saiz yang kompak, keupayaan merakam video definisi tinggi dan penghasilan lebih banyak adapter pihak-ketiga (third-party) akan merancakkan lagi persaingan pasaran MILC pada tahun 2012. Syarikat Fujifilm juga dikatakan telah bersedia mengeluarkan MILC pertama mereka selepas review yang positif diterima melalui kamera Fujifilm X100. Canon bagaimanapun belum menunjukkan minat menghasilkan sebarang MILC.

2.  Lebih Fokus Kepada HDSLR
Apabila Nikon D90 dikeluarkan pada 2008 dengan keupayaan merakam video berdefinisi tinggi dunia DSLR telah berubah. Kemudian Canon mengeluarkan 5D mark II yang dikhabarkan menjadi game-changer dalam industri perfileman. Ia menjadi kenyataan apabila pada tahun 2011, kamera 5D Mark II telah  digunakan dalam menghasilkan filem berbajet besar seperti Captain Amerika dan Iron-Man 2. Video menggunakan DSLR menjadi pilihan atas beberapa sebab berikut:
  • keupayaan merakam video berdefisini tinggi 
  • kualiti tinggi dalam situasi kurang penchayaan (high ISO capability),
  • kebolehan menukar pelbagai lensa 
  • sistem dua dalam satu (kamera dan video) 
  • harga yang murah (dalam kategori kamera yang membuat filem)


Seiring dengan kejayaan 5D mark II dan 7D, Canon terus memberi fokus dalam menghasilkan lebih banyak kamera DSLR khusus untuk video untuk tahun 2012. Kamera yang dikhabarkan dikeluarkan adalah 5D mark III dan 7D Mark II. Lebih menarik Canon telah memperlihatkan C300 yang dijangka memberi saingan sengit kepada kamera perfileman yang lebih gah seperti RED 4k.  HDSLR telah menjadi kemestian dalam sesebuah kamera. Sony dan Nikon dijangka akan terus menambahbaik perestasi HDSLR dan dijangkakan beberapa format video baru akan diperkenalkan.



3. Peningkatan Kuasa Kamera Telefon Pintar
Semasa pelancaran iPhone 4S tahun lalu, salah satu promosi yang diperlihatkan adalah informasi mengenai teknologi kamera. Ayat promosinya seperti berikut:
The custom lens uses five precision elements to shape incoming light, which makes the entire image sharper. The larger f/2.4 aperture lets in more light, so photos look brighter
Jika diteliti promosi jenama lain seperti Nokia, kurangnya penekanan mengenai teknologi kamera. Perkara yang sering diulang-promo adalah optik Zeiss, megapiksel dan Xenon flash. Apple telah mengambil langkah yang bijak dengan memperkenalkan informasi yang lebih diminati oleh jurugambar dan perakam video.

Pada 2012 dijangkakan lebih banyak teknologi kamera terkini diserap ke dalam telefon bimbit. Sistem video berdefinisi tinggi dan bukakan aperture yang lebih besar, sistem anti-gegar, saiz lensa dan lengkapan filter (untuk post-processing) dijangka akan menarik minat jurugambar dan perakam video dalam pemilihan sesebuah telefon pintar.

4. Kamera Lapangan Cahaya - Lytro
2011 menyaksikan sebuah kamera inovasi yang bakal mengubah cara kita mengambil gambar. Lytro, sebuah kamera lapangan cahaya (light field camera) yang disebut-sebut sebagai game-changer dalam industri filem digital hari ini. Lytro berkeupayaannya memilih fokus selepas gambar diambil. Lytro dibangunkan oleh Ren Ng (PhD) hasil daripada hasil kajiannya di Universiti Stanford. Teknologi yang dibagunan tidak dijual kepada mana-mana syarikat sebaliknya mereka membangunkan kamera mereka sendiri. Gambar yang dihasilkan boleh dilihat seperti di bawah.


Klik pada gambar untuk mengubah titik fokus.


Lytro telah dipreview pada Oktober 2011. Dijangkakan pada 2012, Lytro akan dipasarkan di seluruh dunia. Dengan teknologi yang memudahkan cara kita mengambil gambar Lytro berpotensi besar menggantikan sensor tradisi beberapa tahun akan datang.

5. Bukan lagi Perlumbaan Mega-piksel
Bagi sesiapa yang memahami teknologi kamera, mega-piksel hanyalah promosi melariskan jualan.  2012 akan menyaksikan perlumbaan mega-piksel semakin perlahan. Canon contohnya telah memperlihatkan EOS 1Dx yang hanya bersensor 18 mega-piksel berbeza dengan 5D mark II bersensor 21 mega-piksel.

Perlumbaan ISO pula sebaliknya. Teknologi sensor yang semakin berkembang membolehkan ISO digandakan. Sehingga artikel ini ditulis, ISO tertinggi bagi sesebuah DSLR adalah 1Dx dan Nikon D4 iaitu 204,800. Dengan ISO setinggi ini (dan akan terus berganda setiap tahun) gambar waktu malam yang lebih berkualiti akan terhasil. Ini memberikan lebih ruang kreativiti kepada pengguna. Kualiti ISO juga memberi impak besar kepada rakaman video. Persaingan dalam HDSLR dikatakan penyebab tamatnya perlumbaan mega-piksel.

6. Lain-lain 
Beberapa teknologi baru diperkanalkan tetapi dijangkakan tidak banyak memberi kesan kepada dunia kamera tahun 2012 tetapi berpotensi menjadi keutamaan beberapa tahun akan datang.
  • iPad dan tablet memudahkan penggunaan DSLR - Lebih banyak aplikasi untuk mengawal dan memapar hasil gambar/video terus kepada iPad. Kewujudan Eye-Fi juga membantu.
  • Lebih banyak penambahbaikan/ubahsuai foto berasaskan algoritma - Teknologi Adobe CS6 Image Deblurring, pemilihan portrait gambar candid secara automatik dan photo filter untuk laman sosial.
  • Lensa cecair - Optilux - Inovasi ini telah menjadi sebutan sejak 2002. Dijangkakan akan digunakan pada telefon bimbit seawal 2013. 
  • Sony Single-Lens Translucent (SLT) - Teknolgi SLT akan terus dipertingkatkan oleh Sony. 

Kesimpulannya tahun 2012 akan menyaksikan kemajuan yang lebih pesat dalam teknologi kamera digital dan video didorong oleh kemahuan pengguna yang mahu merakamkan gambar dengan lebih mudah. Diharapkan tahun 2012 lebih banyak karya seni digital yang lebih kreatif dapat dihasilkan seiring dengan kemajuan teknologi yang telah dicapai.



Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved