CES2012: Fujifilm Umumkan X-Pro1 dengan Tiga Lensa Prima

on Januari 14, 2012


Pada CES2012 yang lalu Fujifilm telah mengumumkan kamera mirrorless terbaru mereka iaitu Fujifilm X-Pro1 berserta tiga lensa prima. X-Pro1 didatangkan dengan sensor APS-C X-Trans CMOS 16.3 megapiksel bersaiz 23.6×15.6mm serta dilengkapi sistem pembersih gegaran ultrasonik. Ciri-ciri X-Pro1 berkeupayaan merakam format RAW, slot kad SD, rakaman HD 1080p serta bunyi stereo, ISO dari 200 hingga 6400 (boleh dianjak kepada 25600), 256 TTL metering zon, 6fps rakaman berterusan, 3inci LCD skrin, viewfinder hybrid dan lengkapan 10 mod simulasi filem (seperti Provia, Velvia, Astia, B&W). Harga untuk badan X-Pro1 dikhabarkan $1,700.





Tiga lensa prima yang juga diumumkan adalah 35mm f/1.4 serta 18mm f/2.0 berharga ($599) dan 60mm f/2.4. ($600).

Aksesori flash dan beg kulit.

Gambar sample.



Video di CES2012 oleh dpreview.
Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved