Potret-potret Emosi Pelbagai Jenis Haiwan oleh Tim Flach

on November 15, 2012


Selepas mendapat perhatian dunia dengan foto anjing dan kuda dalam projek bertajuk Dogs Gods dan Equus, jurugambar yag berasal dari London, Tim Flach tampil sekali lagi dengan projek foto terbarunya bertajuk More Than Human. Projek foto ini diambil dari studio memaparkan emosi yang dirakamkan pada wajah haiwan-haiwan.

Menurut Flatch, beliau menggunakan pelbagai pendekatan untuk memberkan perasaan yang selesa kepada haiwan-haiwan beraksi di dalam studio. Antara teknik yang digunakan adalah mengubah suhu sutdio, memainkan muzik latar belakang, membawa pelatih haiwan bersama dan meninggikan tepat haiwan tersebut supaya berada dalam kedudukan lebih tinggi dari manusia. Dengan cara ini haiwan-haiwan tersbut dapat mengempresikan perasaan yang Flatch inginkan.

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar dari projek More Than Human. Anda juga boleh lihat lebih banyak gambar di website Tim Flatch atau beli buku More Than Human di Amazon dengan harga $39.

Keindahan Foto Hitam Putih Joel Tjintjelaar

on November 13, 2012

Menggunakan penuras B+W ND110 & ND106 secara serentak, Joel Tjintjelaar menghasilkan koleksi gambar dedahan panjang (long exposure) yang indah lagi menarik. Kebanyakan gambar yang dirakam memerlukan dedahan pengatup sepanjang 5 ke 10 minit. Gambar-gambar yang telah dirakam kemudiannya diproses menggunaan Lightroom 3.0, PS CS5 dan Silver Efex Pro 2. Anda boleh melihat lebih banyak gambar di website Joel Tjintjelaar atau lawati akaun Flickr beliau.

43 Gambar Latihan Intensif Atlit Kanak-kanak China

on Ogos 03, 2012



Seperti kata pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya"Berikut adalah 43 gambar latihan intensif atlit muda China. Dari gambar yang dipaparkan jelas kejayaan yang mereka kecapi di Sukan Olimpik adalah hasil usaha keras, ketabahan, kegigihan dan semangat juang yang tinggi tanpa kenal rasa putus asa.

20 Poster Fan-Art The Dark Knight Rises

on Ogos 01, 2012


The Dark Knight Rises (TDKR) akhirnya melengkapkan trilogi Batman dengan sempurna walaupun ramai berpendapat TDKR gagal menandingi The Dark Knight empat tahun lalu hasil lakonan hebat Heath Ledger.


Apapun setiap filem ada kelemahan dan ada kekurangan. Sebagai meraikan filem TDKR sebagai filem terakhir arahan Christoper Nolan untuk trilogi Batman, kami kongsikan 20 poster hasil rekaan peminat filem TDKR.

LEGO Aquatic Centre, Olimpik 2012

on Julai 31, 2012

Dengan menggunakan LEGO, Gary Davis menyimulasikan suasana di London Aquatics Center semasa Sukan Olimpik 2012. Model LEGO Aquatic Centre ini sedang dipamerkan di Stratford LEGO Store, bersebelahan taman London 2012 Olympics.

20 Gambar Paling Menyentuh Perasaan (Bahagain 2)



Bahagian 1 | Bahagian 2


Berikut adalah koleksi 20 gambar lagi paling ikonik pernah dirakamkan dalam 100 tahun. Sambungan dari Bahagian 1.


Lyndon Johnson mengangkat sumpah sebagai Presiden di Air Force One sambil disaksikan Jacqueline Kennedy yang memakai suit Chanel merah jambu yang masih berlumur dengan darah suaminya, John Kennedy.

Seleksi 45 Foto Pertandingan Fotografi Ramadahan Antarabangsa 2012

on Julai 30, 2012

Sempena meraikan sambutan bulan Ramadahan 2012, sebuah badan bebas, StudioBasel dari Oman, melancarkan Pertandingan Fotografi Ramadhan Antarabangsa 2012 dengan tema "Rakamkan Semangat Ramadhan".

Pertandingan ini akan memberi ruang kepada jurugambar amatur mengasah bakat seni dan kreativiti dalam merakamkan gambar selain pada masa yang sama menonjolkan intipati bulan yang penuh keberkatan. Pertandingan Fotografi Ramadhan Antarabangsa 2012 menggunakan Facebook (www.facebook.com/ramadanphotography) sebagai medium pertandingan. Rujuk panduan dan syarat yang disertakan dalam fanpage Ramadan Photography. Pemenang akan mendapat hadiah bermula $500 (RM1,500).

Sehingga hari ini, terdapat lebih 130 gambar yang telah dipertandingkan. Kami memilih 45 gambar terbaik untuk dipaparkan sebagai inpirasi fotografi Ramadhan 2012. Selain itu kami berharap ia dapat memberikan penghayatan Ramadhan kepada kita semua.

Logo dan Tema Hari Merdeka Malaysia Tahun 1976 Hingga 2012

on Julai 29, 2012

Setelah seminggu dihujani kritikan dan cacian, kerajaan ahirnya memutuskan untuk menggantikan logo Hari Kemerdekaan ke-55 yang menenggunakan kempen "Janji Ditepati" kepada logo 1 Malaysia. Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim di laman Twitter. Menurut Rais, langkah ini adalah untuk "membendung salah faham".

Kontroversi logo Hari Kemerdekaan ke-55 tercetus apabila logo rasmi yang diputuskan kerajaan mengetengahkan kempen "Janji Ditepati" yang berbaur politik selain rekaan yang tidak kreatif. Lebih memburukkan keadaan lagu tema "Janji Ditepati" tidak langsung menerapkan elemen patriotisme melainkan sanjungan melangit ke atas retorik 1Malaysia serta pujukan halus supaya rakyat terus mengekalkan kuasa di tangan parti pemerintah.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia, logo dan tema kemerdekaan dikritik begitu hebat. Sebelum ini kritikan hanya bersifat minor seperti logo kemerdekaan negara ke-51 (tahun 2008) yang didakwa mirip logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian hal-ehwal ekonomi Taiwan dan rekaan logo tahun 1977 yang dikatakan meniru pesawat Millennium Falcon dari filem Star Wars.

Sebagai rujukan kami persembahkan kesemua logo dan tema Hari Kemerdekaan sejak diperkenalkan pada tahun 1976 sehingga tahun 2012. Hayati dan bandingkan perbezaan semangat patriotisme yang dipupuk setiap tahun melalaui logo dan tema yang diperkenalkan. Sewajarnya Hari Kemerdekaan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, warna kulit mahupun fahaman politik.
1976 - Ketahanan Rakyat

35 Foto-foto Menarik Pembukaan Sukan Olimpik 2012


Sukan Olimpik 2012 telah membuka tirainya semalam. Majlis pembukaan diadakan penuh gilang gemilang di Stadium Olympik di London yang disaksikan oleh hampir 1 bilion penonton. Majlis diserikan dengan persembahan belatarkan sejarah, kebudayaan, dan kejayaan British yang diarahkan oleh pemenang Oscar, Danny Boyle dengan dibantu oleh 15,000 sukarelawan. Ledakan bunga api juga melengkapkan upacara pembukaan sukan terbesar dunia ini yang akan berlangsung sehingga 12 Ogos 2012. Berikut adalah koleksi gambar-gambar terbaik yang kami pilih untuk tatapan anda.

Gambar-gambar Peraduan Foto Pengembara National Geography 2012 (30 gambar)

on Julai 23, 2012

Pertandingan Foto Pegembara National Geography 2012 berlangsung lagi untuk kali ke-24 tahun ini. Sebanyak lebih 12,000 keping foto telah dihantar kepada pihak National Geography dalam empat kategori iaitu Travel Portraits; Outdoor Scenes; Sense of Place; dan Spontaneous Moments. Juri-juri profesional akan memilih gambar yang terbaik dan pemenang akan diumumkan pada bulan Ogos. Bagaimanapun untuk kategori anugerah Pilihan Penonton (Viewer's Choice) undian masih dibuka sehingga 20 Julai 2012.


Dipaparkan di bawah, 30 gambar yang paling menarik mengikut pilihan kami. Diharapkan ia menjadi pendorong dan inspirasi kepada jurugambar tempatan untuk menyertainya pada tahun hadapan.

 
© EraPiksel All Rights Reserved