Bongkar Foto: Artikel Palsu di blog Oh!Tidak

on Julai 15, 2012

Beberapa minggu lalu semasa sedang blogwalking, saya tersinggah di blog Oh!Tidak. Dari beberapa klik kemudian saya terjumpa satu posting yang menarik. Menarik bukan kerana tajuk yang dipaparkan tetapi gambar yang dipostkan dalam artikel berkenaan membuatkan saya terkesima. Artikel yang betajuk Oh Batang Pokok yang Tumbang Lalu Membengkok Untuk Selamatkan Kereta Seorang Ustaz cuba mengupas satu kisah keajaiban sebatang pokok membengkok lalu mengelak dari menghempap sebuah kereta. Selepas saya selesai membaca keseluruhan artikel saya ketawa. Penulis cerita ini sedang membodohkan pembaca secara terang-terangan. Kenapa saya berani berkata demikian? Kerana saya tahu sumber asal gambar berkenaan.

Sumber asal gambar-gambar kejadian ini ialah dari Reddit. Ia dipostkan pada 28 Feb 2012 dibawah tajuk My Friend is a Luck Basta*d. Sebagai pembaca tegar Reddit saya membaca komen-komen di setiap post, dan komen tertinggi secara skeptikal menganggap kereta tersebut dialihkan ke arah pokok selepas pokok itu tumbang. Penghantar gambar tersebut iaitu dralios menafikan kejadian itu berlaku secara sengaja malah bersumpah di atas nama keluarga dan arwah neneknya yang kejadian tersebut adalah benar.


Untuk mengesahkan lagi kejadian pokok tumbang ini, saya menghantar personal massage kepada dralios untuk mendapatkan kebenaran cerita tersebut. Rujuk gambar di bawah.

Dari jawapan yang diterima terdapat dua fakta yang bercanggah dari apa yang tertulis diblog Oh!Tidak.


1. Kejadian berlaku pada empat tahun lalu di Quebec City, Canada bukan di London.
2. Pemilik kereta dahulunya seorang penganut Katolik dan telah murtad apabila dewasa. Jauh sekali beragama Islam, wali atau Bani Mu'awiyah.

Saya juga yakin pokok tersebut memang tumbuh bengkok dan bukannya bengkok secara tiba-tiba apabila tumbang.

Secara peribadi saya sedih apabila kebayakan penulis blog menggunakan agama sebagai sumber mudah meningkatkan traffik. Tidak salah jika sesebuah kejadian itu memang benar-benar belaku, tetapi artikel seperti yang ditulis di blog Oh!Tidak sangat tidak beretika dan menjatuhkan maruah agama Islam. Mahukan anda agama Islam diperlekehkan kerana menggunakan cerita palsu untuk meyebarkan agama?

Tepuk dada tanya iman.


Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 5 ulasan... read them below or add one }

Amir Zaim berkata...

ramai umat serbanista mangkuk ayun ni tak tau nak explore lebih mendalam lagi pasal isu tersebut. Good job guys sebab korang dah bagi pendedahan mendalam pasal isu ini.


15 Julai 2012 pada 12:03 PTG
Era Piksel berkata...

Terima kasih kerana meyokong :)


15 Julai 2012 pada 12:44 PTG
Tanpa Nama berkata...

to be honest banyak lagi blog macam ni, dulu aku rajinlah nak tolong betulkan tapi siap kene maki kapir & atheist dah malas nak layan. Memang keji la sapa yang reka cerita semata-mata nak naikkan trafik lebih lagi pasal agama.

Kalau dalam kes ni senang nak cari sebab ada kat Reddit tapi kalau tuan tanah nak kaji gambar/artikel lain guna je Tineye atau Google Images. Check exif metadata kat sini http://regex.info/exif.cgi


16 Julai 2012 pada 1:12 PG
EyriqazzVSDenaihati berkata...

Haha. macam-macam la orang malaysia nak wat cerita.


17 Julai 2012 pada 7:12 PG

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved