Potret-potret Emosi Pelbagai Jenis Haiwan oleh Tim Flach

on November 15, 2012


Selepas mendapat perhatian dunia dengan foto anjing dan kuda dalam projek bertajuk Dogs Gods dan Equus, jurugambar yag berasal dari London, Tim Flach tampil sekali lagi dengan projek foto terbarunya bertajuk More Than Human. Projek foto ini diambil dari studio memaparkan emosi yang dirakamkan pada wajah haiwan-haiwan.

Menurut Flatch, beliau menggunakan pelbagai pendekatan untuk memberkan perasaan yang selesa kepada haiwan-haiwan beraksi di dalam studio. Antara teknik yang digunakan adalah mengubah suhu sutdio, memainkan muzik latar belakang, membawa pelatih haiwan bersama dan meninggikan tepat haiwan tersebut supaya berada dalam kedudukan lebih tinggi dari manusia. Dengan cara ini haiwan-haiwan tersbut dapat mengempresikan perasaan yang Flatch inginkan.

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar dari projek More Than Human. Anda juga boleh lihat lebih banyak gambar di website Tim Flatch atau beli buku More Than Human di Amazon dengan harga $39.

Keindahan Foto Hitam Putih Joel Tjintjelaar

on November 13, 2012

Menggunakan penuras B+W ND110 & ND106 secara serentak, Joel Tjintjelaar menghasilkan koleksi gambar dedahan panjang (long exposure) yang indah lagi menarik. Kebanyakan gambar yang dirakam memerlukan dedahan pengatup sepanjang 5 ke 10 minit. Gambar-gambar yang telah dirakam kemudiannya diproses menggunaan Lightroom 3.0, PS CS5 dan Silver Efex Pro 2. Anda boleh melihat lebih banyak gambar di website Joel Tjintjelaar atau lawati akaun Flickr beliau.

43 Gambar Latihan Intensif Atlit Kanak-kanak China

on Ogos 03, 2012



Seperti kata pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya"Berikut adalah 43 gambar latihan intensif atlit muda China. Dari gambar yang dipaparkan jelas kejayaan yang mereka kecapi di Sukan Olimpik adalah hasil usaha keras, ketabahan, kegigihan dan semangat juang yang tinggi tanpa kenal rasa putus asa.

20 Poster Fan-Art The Dark Knight Rises

on Ogos 01, 2012


The Dark Knight Rises (TDKR) akhirnya melengkapkan trilogi Batman dengan sempurna walaupun ramai berpendapat TDKR gagal menandingi The Dark Knight empat tahun lalu hasil lakonan hebat Heath Ledger.


Apapun setiap filem ada kelemahan dan ada kekurangan. Sebagai meraikan filem TDKR sebagai filem terakhir arahan Christoper Nolan untuk trilogi Batman, kami kongsikan 20 poster hasil rekaan peminat filem TDKR.

LEGO Aquatic Centre, Olimpik 2012

on Julai 31, 2012

Dengan menggunakan LEGO, Gary Davis menyimulasikan suasana di London Aquatics Center semasa Sukan Olimpik 2012. Model LEGO Aquatic Centre ini sedang dipamerkan di Stratford LEGO Store, bersebelahan taman London 2012 Olympics.

20 Gambar Paling Menyentuh Perasaan (Bahagain 2)



Bahagian 1 | Bahagian 2


Berikut adalah koleksi 20 gambar lagi paling ikonik pernah dirakamkan dalam 100 tahun. Sambungan dari Bahagian 1.


Lyndon Johnson mengangkat sumpah sebagai Presiden di Air Force One sambil disaksikan Jacqueline Kennedy yang memakai suit Chanel merah jambu yang masih berlumur dengan darah suaminya, John Kennedy.

Seleksi 45 Foto Pertandingan Fotografi Ramadahan Antarabangsa 2012

on Julai 30, 2012

Sempena meraikan sambutan bulan Ramadahan 2012, sebuah badan bebas, StudioBasel dari Oman, melancarkan Pertandingan Fotografi Ramadhan Antarabangsa 2012 dengan tema "Rakamkan Semangat Ramadhan".

Pertandingan ini akan memberi ruang kepada jurugambar amatur mengasah bakat seni dan kreativiti dalam merakamkan gambar selain pada masa yang sama menonjolkan intipati bulan yang penuh keberkatan. Pertandingan Fotografi Ramadhan Antarabangsa 2012 menggunakan Facebook (www.facebook.com/ramadanphotography) sebagai medium pertandingan. Rujuk panduan dan syarat yang disertakan dalam fanpage Ramadan Photography. Pemenang akan mendapat hadiah bermula $500 (RM1,500).

Sehingga hari ini, terdapat lebih 130 gambar yang telah dipertandingkan. Kami memilih 45 gambar terbaik untuk dipaparkan sebagai inpirasi fotografi Ramadhan 2012. Selain itu kami berharap ia dapat memberikan penghayatan Ramadhan kepada kita semua.

Logo dan Tema Hari Merdeka Malaysia Tahun 1976 Hingga 2012

on Julai 29, 2012

Setelah seminggu dihujani kritikan dan cacian, kerajaan ahirnya memutuskan untuk menggantikan logo Hari Kemerdekaan ke-55 yang menenggunakan kempen "Janji Ditepati" kepada logo 1 Malaysia. Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim di laman Twitter. Menurut Rais, langkah ini adalah untuk "membendung salah faham".

Kontroversi logo Hari Kemerdekaan ke-55 tercetus apabila logo rasmi yang diputuskan kerajaan mengetengahkan kempen "Janji Ditepati" yang berbaur politik selain rekaan yang tidak kreatif. Lebih memburukkan keadaan lagu tema "Janji Ditepati" tidak langsung menerapkan elemen patriotisme melainkan sanjungan melangit ke atas retorik 1Malaysia serta pujukan halus supaya rakyat terus mengekalkan kuasa di tangan parti pemerintah.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia, logo dan tema kemerdekaan dikritik begitu hebat. Sebelum ini kritikan hanya bersifat minor seperti logo kemerdekaan negara ke-51 (tahun 2008) yang didakwa mirip logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian hal-ehwal ekonomi Taiwan dan rekaan logo tahun 1977 yang dikatakan meniru pesawat Millennium Falcon dari filem Star Wars.

Sebagai rujukan kami persembahkan kesemua logo dan tema Hari Kemerdekaan sejak diperkenalkan pada tahun 1976 sehingga tahun 2012. Hayati dan bandingkan perbezaan semangat patriotisme yang dipupuk setiap tahun melalaui logo dan tema yang diperkenalkan. Sewajarnya Hari Kemerdekaan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, warna kulit mahupun fahaman politik.
1976 - Ketahanan Rakyat

35 Foto-foto Menarik Pembukaan Sukan Olimpik 2012


Sukan Olimpik 2012 telah membuka tirainya semalam. Majlis pembukaan diadakan penuh gilang gemilang di Stadium Olympik di London yang disaksikan oleh hampir 1 bilion penonton. Majlis diserikan dengan persembahan belatarkan sejarah, kebudayaan, dan kejayaan British yang diarahkan oleh pemenang Oscar, Danny Boyle dengan dibantu oleh 15,000 sukarelawan. Ledakan bunga api juga melengkapkan upacara pembukaan sukan terbesar dunia ini yang akan berlangsung sehingga 12 Ogos 2012. Berikut adalah koleksi gambar-gambar terbaik yang kami pilih untuk tatapan anda.

Gambar-gambar Peraduan Foto Pengembara National Geography 2012 (30 gambar)

on Julai 23, 2012

Pertandingan Foto Pegembara National Geography 2012 berlangsung lagi untuk kali ke-24 tahun ini. Sebanyak lebih 12,000 keping foto telah dihantar kepada pihak National Geography dalam empat kategori iaitu Travel Portraits; Outdoor Scenes; Sense of Place; dan Spontaneous Moments. Juri-juri profesional akan memilih gambar yang terbaik dan pemenang akan diumumkan pada bulan Ogos. Bagaimanapun untuk kategori anugerah Pilihan Penonton (Viewer's Choice) undian masih dibuka sehingga 20 Julai 2012.


Dipaparkan di bawah, 30 gambar yang paling menarik mengikut pilihan kami. Diharapkan ia menjadi pendorong dan inspirasi kepada jurugambar tempatan untuk menyertainya pada tahun hadapan.

20 Foto Aiskrim Yang Menggiurkan

on Julai 22, 2012



Aiskrim merupakan sejenis makanan beku dibuat dari hasil tenusu seperti krim yang digabungkan dengan perasa dan pemanis. Campuran ini didinginkan dengan mengacau sambil dikurangkan suhunya untuk mencegah pembentukan kristal ais besar. Secara tradisi, suhu dikurangkan dengan meletakkan campuran aiskrim ke sebuah bekas yang dimasukkan ke dalam campuran ketulan ais dan garam. Garam membuat air dapat berada di bawah titik beku air tulen.


Sejarah kewujudan aiskrim bermula di Parsi pada 400BC diikuti di China (200BC). Kedai aiskrim pertama dibuka di New York City pada tahun 1776 dan seterusnya berkembang ke seluruh dunia. Aiskrim kini merupakan hidangan yang diminati hampir semua golongan.

Di bawah kami sediakan sejumlah 20 gambar aiskrim yang menggiurkan sebagai sumber inspirasi kepada anda. Nikmatilah.



30 Foto-Foto Inspirasi Sempena Ramadhan 2012

on Julai 16, 2012

1 Ramadhan 1433 akan jatuh pada 12 Julai 2012 iaitu hari Sabtu akan datang. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadhan bagi tahun 2012 adalah pada petang Khamis 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433 Hijrah. Mulai tarikh 1 Ramadhan umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa selama 29 atau 30 hari sebelum diraikan dengan sambutan hari Raya Aidilfitri. Pada bulan Ramadahan juga umat Islam diwajibkan melaksanakan rukun Islam yang ke-4 iaitu membayar zakat.

Sempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan kami kongsikan sejumlah 30 foto-foto inspirasi sambutan bulan Ramadahan di Malaysia dan seluruh dunia yang dirakamkan pada tahun lalu.

24 Fotomanipulasi Senggama Minda



Photoshop merupakan sebuah perisian yang penting bagi seorang jurugambar. Ianya membolehkan sesebuah gambar digital disunting untuk menjadikan gambar yang lebih cantik dan menarik. Photoshop juga berupaya menghasilkan gambar yang unik, pelik dan kreatif  bergantung kepada kebijaksanaan dan bakat pengguna. Berikut adalah fotomaipulasi yang dihasilkan oleh artis-artis digital menggunakan perkakasan dari perisian photoshop. Ada sesetangah gambar sangat menarik, ada juga yang tidak boleh diterima dek akal.

25 Rekaan Logo Yang Kreatif

on Julai 15, 2012



Berikut adalah 25 rekaan logo yang kreatif yang bijak memanipulasikan ruang dan huruf. Jadikan ia sebagai inspirasi apabila anda mereka sesebuah logo.

City Direct

Bongkar Foto: Artikel Palsu di blog Oh!Tidak

Beberapa minggu lalu semasa sedang blogwalking, saya tersinggah di blog Oh!Tidak. Dari beberapa klik kemudian saya terjumpa satu posting yang menarik. Menarik bukan kerana tajuk yang dipaparkan tetapi gambar yang dipostkan dalam artikel berkenaan membuatkan saya terkesima. Artikel yang betajuk Oh Batang Pokok yang Tumbang Lalu Membengkok Untuk Selamatkan Kereta Seorang Ustaz cuba mengupas satu kisah keajaiban sebatang pokok membengkok lalu mengelak dari menghempap sebuah kereta. Selepas saya selesai membaca keseluruhan artikel saya ketawa. Penulis cerita ini sedang membodohkan pembaca secara terang-terangan. Kenapa saya berani berkata demikian? Kerana saya tahu sumber asal gambar berkenaan.

Konsep Mario Diintegrasikan Pada Rokok

Seorang pereka, German Ljutaev mengintegrasikan elemen dari game Mario untuk menghasilkan konsep rokok yang mempunyai life bar. Setiap batang rokok dicetak dengan gambar piksel hati yang semakin berkurangan setaip kali rokok disedut - sebagai amaran kepada perokok. Persoalannya, bolehkan konsep yang comel ini membuatkan perokok berhenti merokok?

Cinemagraf Orang dan Objek Berputar Pada Paksi Sama

Cinemagraf ialah foto berformat .gif yang mengandungi sedikit pergerakan berulang. Ia memberikan ilusi video kepada penonton. Sekumpulan rayat Jepun mengaplikasikan cinemagraf untuk satu projek dikenali sebagai RRRRRRRROLL_gif. Mereka menghasilkan dua cinemagraf setiap minggu. Menariknya (ataupun pelik) cinemagraf yang dihasilkan berbeza di mana mereka menggunakan manusia dan objek sebagai subjek utama yang berputar dalam paksi yang tetap. Hasilnya walaupun ada yang menakutkan tetapi sangat unik.

Foto-foto Ribut Awan Supercell di American Midwest

Jurugambar Camille Seaman menarik perhatian umum apabila mendedahkan gambar ribut awan supercell. Seaman bekerjasama dengan pengejar ribut dan merakamkan gambar alam yang menakjubkan semasa kerakusan cuaca melalui American Midwest. Siri gambar ini diberti tajuk The Big Cloud.

20 Gambar Paling Menyentuh Perasaan (Bahagain 1)

on Julai 14, 2012

Bahagian 1 | Bahagian 2


Berikut adalah koleksi 20 gambar paling ikonik pernah dirakamkan dalam 100 tahun. Gambar-gambar ini memaparkan kehilangan, kekecewaan, kesedihan, kesetiaan dan kemanusiaan. 

Harold Whittles menderngar buat kali pertama selepas doktor memasang alat bantuan mendengar di telinga kirinya. 

Buat Monopod Murah Menggunakan Batang Penyapu

Selain tripod, monopod merupakan salah satu perkakasan yang diperlukan oleh seorang jurugambar. Monopod biasanya digunakan apabila jurugambar mahukan kestabilan kamera tetapi pada masa yang sama mudah dialihkan. Walaubagaimanapun harga monopod paling murah berada dalam lingkungan RM100. Bagi jurugambar yang mahu penjimatan, gunakan batang penyapu sebagai pengganti monopod. Batang penyapu tersebut dipasangkan sebuah nut hex dan sebuah bolt sebagai tapak untuk meletakkan kamera, dan sebuah skru sebagai tapak monopod. 

Pergi ke Make untuk penerangan lengkap.

Grafik Super Realistik dari Game Project Cars

on Julai 09, 2012


Project Cars merupakan permainna lumba kereta yang dibangunkan oleh Slighty Mad Studios (yang juga pembangun game Shift dan GTR) dan dijangkan dilancarkan pada musim panas 2013. Kesemua gambar yang dipaparkan merupakan screenshot yang diambil dari pre alpha PC build (249) yang terkini. Project Cars juga dihasilkan untuk Xbox 360, Playstation 3 dan Wii U.

Higg-Boson dan Fantastika Mesin Large Hadron Collider (LHC)

4 Julai 2012 merupakan satu detik penting kepada sejarah manusia apabila ujikaji sains yang dilakukan di Large Hadron Collider (LHC) berjaya menemui satu pertikel baru yang konsisten dengan teori Higg-Boson atau lebih dikenali sebagai "Partikel Tuhan." Saintis yang mencadangkan kewujudan kuasa Higg boson ini ialah Peter Higg yang kini berusia 83 tahun. Idea kuasa Higg boson ini telah dikemukan pada 1964.

Apa itu Higg Boson? Secara ringkasnya, kuasa Higg Boson inilah yang membuatkan semua benda mempunyai berat, bentuk dan sifat. Batu bersifat berat dan keras, ular bersifat panjang, garam bersifat masin, semua ini terjadi daripada kuasa Higg Boson. Tanpa kuasa Higg Boson, kita semua dan benda di alam semesta ini akan terlerai menjadi subpartikel yang bergerak pada kelajuan cahaya. (sumber Zon152)

Untuk melihat samada teori Higgs-boson ini adalah benar, saintis perlu melakukan ujikaji untuk mencari partikel ini. Dalam keadaan bertenaga tinggi (kerana boson Higgs mempunyai jisim yang tinggi) ia akan cepat mereput setelah terhasil. Oleh itu pemecut zarah bertenaga tinggi diperlukan untuk mencerap kewujudannya melalui hasil-hasil pereputan daripada zarah Higgs (pencerapan tidak langsung).

Oleh yang demikian, timbul persoalan bagaimana untuk mencari atau menghasilkan partikel Higgs-boson? Saintis percaya bahawa ia boleh dihasilkan melalui ujikaji alat penghentam zarah (particle collider) seperti yang dibina oleh European Organization for Nuclear Research (CERN) yang dinamakan sebagai Large Hadron Collider (LHC).

LHC adalah pemecut zarah bertenaga tinggi yang terbesar di dunia pernah dibina. Saiz lingkarannya ialah 27 km dan berada di kedalaman 100 meter yang terletak di sempadan Franco-Swiss (Geneva). Ia memiliki keupayaan 1200 magnet yang disejukkan sehingga mencapai tahap -271oC, satu keadaan suhu yang lebih sejuk dari ruang angkasa lepas. Magnet ini bertujuan untuk memecut proton-proton sehingga mencapai 99.99998 peratus halaju cahaya dan mencetuskan pelanggaran proton tersebut antara satu sama lain.

Menurut saintis, pelanggaran ini akan menghasilkan keadaan yang sama sejurus selepas ‘Dentuman Besar’ yang mencetuskan partikel Higgs-boson buat pertama kali ketika proses awal kewujudan alam semesta.

Akhirnya pada 4 Julai 2012 yang lalu, diumumkan keputusan rasmi ujikaji yang dijalankan di LHC (Large Hadron Collider) menggunakan pengesan partikel ATLAS (A Toroidal LHC Apparatus) dan CMS (Compact Muon Solenoid) mengesahkan penemuan zarah atau partikel yang mempunyai jisim dianggarkan 125 GeV/c2 ( kira-kira 133 jisim proton atau 10-25 kg), dengan kejituan mencapai sigma 5. Penemuan partikel baru ini konsisten dengan andaian yang dbuat tentang partikel Higgs boson dan saintis mempercayai bahawa ia adalah Higgs boson.  (sumber MajalahSains)



Foto-foto Majlis Berinai dan Pernikahan Ella & Azhar Ghazali

Ratu Rock Negara, Ella, 46 tahun akhirnya menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihannya, Azhar Ghazali, 30 tahun, yang berasal daripada Muar, Johor pada 7 Jun 2012 lalu. Azhar Ghazali adalah seorang juruterbang syarikat penerbangan Firefly.

Dengan sekali lafaz Ella sah bergelar isteri kepada Azhar dengan mas kahwin RM50,300. Majlis pernikahan Ella & Azhar Ghazali berlangsung di kediaman keluarga Ella di Teluk Gadong, Klang

Foto-foto majlis berinai Ella & Azhar Ghazali dari Ministry of Moment

Tentera US Uji Ketahanan Kamera dan Lensa Pentax


Seorang tentera US yang berada di Afghanistan menguji ketahanan weather sealing dan dust resistance untuk dua buah kamera dan lensa DSLR Pentax iaitu:
PENTAX K-7 + DA* 50-135 f/2.8
PENTAX K-5 + D-BG4 Battery Grip + DA* 16-50 f/2.8

Beliau menaburkan pasir di atas kamera tersebut dan kemudiannya membasuh di bawah cucuran air. Saksikan.

.

Rekaan Semula Logo Google Menggunakan Lemparan Cat

on Jun 29, 2012

Sempena meraikan ulang tahun Google+, jurugambar Alex Koloskov dan penyunting digitial Genia Larionova bekerjasama menghasilkan rekaan semula logo Google menggunakan gambar lemparan cat. Mereka melambungkan cat yang mempunyai warna yang sama dengan logo asal, dan cuba mendapatkan bentuk yang terbaik untuk setiap huruf. Kemudian bentuk-bentuk yang terpilih dikombinasikan di dalam Photohsop.

Foto Angkasawan Don Pettit dan Koleksi Kameranya di ISS

on Jun 28, 2012

Entri sebelum ini memaparkan keindahan foto-foto yang dirakam dari Stesen Ankasa Antarabangsa (ISS) oleh angkasawan Don Pettit. Mungkin anda terfikirkan apakah kamera dan lensa yang digunakan? Gambar terbaru yang didedahkan oleh NASA menunjukkan gambar Don Pettit yang dikelilingi DSLR dan lensa-lensa Nikon.

Boleh anda kenal pasti model kamera dan jenis lensa yang digunakan?



Sumber OnOrbit


Lagi Foto Keindahan Jejak Cahaya Bintang dan Bumi dari ISS






Bulan lalu kami paparkan sekeping foto long exposure yang dirakam dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) oleh Don Pettit. Dari laman Flickr beliau, terdapat banyak lagi gambar yang telah dirakamkan.

Instaglasses: Cermin Mata Konsep Untuk Penggila Instagram

on Jun 22, 2012


Instagram kini menjadi trend yang digunakan di hampir setiap gambar dari telefon pintar. Dengan sedikit terapan penuras (filter) gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih unik. Fenomena Instagram memberikan idea kepada pengahasilan sebah kacamata konsep, Instaglasses. Asasnya sama, iaitu pengguna Instaglasses boleh menerapkan penuras pada cermin mata dan melihat dunia dalam seni, contohnya: Amaro atau Inkwell pada masa sebenar. Lebih menarik, Instaglasses juga dilengkapi butang untuk merakamkan gambar dan berkongsi di laman Instagram.

Video Lawak Nikon D800 lwn. Canon 5D Mark III

Crisis Lab membuat perbandingan antara dua kamera DSLR format penuh terkini iaitu Canon 5D mark III dan Nikon D800. Kedua-dua kamera ini berada dalam kelas yang sama. Video yang dibuat leh Crisis Lab tidak sama dengan yang pernah anda saksikan, di mana mereka menggunakan pendekatan yang kelakar dan kadang kala NSFW semasa membandingkan hasil sebenar 5D Mark III dan D800. Pastikan anda menonton Bahagian 2 untuk kesimpulan hasil ujian yang dijalankan oleh Crisis Lab. Anda juga boleh baca perincian ujian yang dilakukan di sini.

Bahagian 1

Portrait Meyeramkan Hasil Kesan Tratcher


Jurugambar Anuschka Blommers dan Niels Schumm merakamkan siri foto untuk sebuah kempen Dove di mana mereka menggunakan kesan Tratcher untuk menghasilkan wajah menyeramkan secara tersembunyi. Kesan ini dihasilkan dengan menterbalikkan potrait dari atas ke bawah dan pada masa yang sama mengekalkan mata dan mulut pada kedudukan asal. Otak manusia tidak mampu mengesan perubahan kecil tersebut dan potrait itu kelihatan normal. Tetapi apabila potrait itu ditegakkan pada posisi normal wajah pada portrait kelihatan sangat menyeramkan.

Gambar Pertama Bumi Dirakam Di Atas Atmosfera Kutub Utara

NASA mendedahkan gambar pertama bumi yang diambil dari atas Kutub Utara. Gambar ini merupakan gabungan dari 15 gambar yang dirakamkan oleh satelit yang melalui Kutub Utara pada altitud 512 batu. Berbeza dengan gambar Blue Marble, gambar yang dirakam dari Kutub Utara ini kelihatan lebih banyak daratan berbanding lautan.

Sumber Gizmodo

Iklan Syampu Yang Membuatkan Anda Menitiskan Air Mata

Selepas iklan berhenti merokok yang menyentuh perasaan, kami terjumpa satu lagi iklan yang lebih mengharukan. Kali ini dari syarikat syampu terkemuka, Pantene. Iklan ini sangat lain dari iklan syampu yang pernah anda saksikan di Malaysia. Pastikan ada tisu di sebelah untuk mengelap air mata.

Foto-foto Seni Halus Alex Stoddard (11 gambar)



Alex Stoddard merupakan jurugambar berasal dari Georgia. Baru berumur 18 tahun, beliau memperlihatkan bakat semulajadi sebagai seorang jurugambar yang mempunyai potensi besar di masa hadapan. Stoddard memfokuskan kepada karya foto penggabungan manusia dengan alam semulajadi, potrait-potrait aneh dan surreal.


Di laman perkongsian gambar Flickr, Stoddard berjaya melaksanakan Projek 365 - mengambil gambar setiap hari selama setahun. Setiap gambar yang dimuat naik menerima puluhan ribu view dan puluhan komen. Projek 365 Stoddard berakhir pada 26 Julai 2011.

Nikon D800E Catat Skor Tertinggi DxO Mark Atasi D800

on Jun 21, 2012


Sebelum ini Nikon D800 mencatat skor tertinggi DxO Mark dengan bacaan 95.  Hari ini DxO Mark mengeluarkan keputusan ujian untuk D800E dengan jumlah skor keseluruhan 96, satu mata mengatasi D800 menjadikan D800E sebagai raja baru ujian DxO Mark.

Iklan Berhenti Merokok yang Menyentuh Perasaan

Iklan dihasilkan oleh Ogilvy Thailand untuk Thai Health Promotion Foundation. Kenapa iklan di Malaysia tak power macam ni?

Facebook Beli Syarikat Pengecam Wajah, Face.com


Selepas membeli Instagram dan Lightbox, Facebook sekali lagi membuat kejutan apabila membeli syarikat perisian pengecaman wajah (face rocognition), iaitu Face.com. Pembelian ini dilihat sebagai langkah serius Facebook dalam mempelbagaikan servis di sistem paparan foto di laman sosial popular itu.

Face.com ialah sebuah laman milikan Israel yang fungsi utamanya menyediakan platform mengecam wajah melalui foto secara automatik, dengan menawarkan REST API secara percuma. Sistem penegcaman wajah ini diperakui ramai dan menarik Facebook untuk membelinya. Tiada harga pembelian yang diumumkan setakat ini tetapi sumber tidak rasmi mengatakan harga adalah antara  $50M ke $100M (RM150juta ke RM300juta).

.

Gambar Artis Minggu Ini: Maria Farida di Super GT

Pada 10 Jun, Maria Farida berjaya mencuri perhatian jurugambar yang hadir ke Super GT yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Realistik Apple iPhone 5 oleh Martin Utrecht


Martin Utrecht telah memodelkan Apple iPhone 5 atau iPhone Baharu 2012 menggunakan perisian Rhinoceros berdasarkan gambar panel yang dibocorkan beberapa minggu lalu. Perincian yang dilakukan sangat realistik dimana cap jari juga diperlihatkan.


Spesifikasi dan Gambar-Gambar Microsoft Surface



Beberapa hari lalu Microsoft melancarkan pesaing kepada Apple iPad dikenali sebagai Surface. Surface direka dengan variasi dua sistem operasi, Windows RT dan Windows 8 Pro.


Microsoft Surface terbina bersama Kickstand, papan kekunci setebal 3mm yang juga berfungsi sebagai penutup skrin, dual kamera (depan dan belakang), speaker stereo dan mikrofon.

Spesifikasi utama Microsoft Surface mengikut variasi adalah seperti berikut:


Konsep Telefon Pintar Facebook oleh Michal Bonikowski

on Jun 06, 2012


Khabar telefon pintar Facebook kembali hangat selepas syarikat rangkaian sosial terbesar di dunia itu mengambil belasan bekas jurutera Apple bekerja dengan mereka. Jurutera-jurutera tersebut pernah bekerja membangunkan perisian dan perkakasan iPhone dan iPad. Dengan perkembangan ini telefon pintar Facebook dijangka dikeluarkan tahun hadapan.

Sehubungan itu, Michal Bonikowski seorang pereka, menghasilkan sebuah konsep telefon pintar Facebook. Menggunakan kemasan casing aluminium berwarna biru, Bonikowski menggambarkan telefon pintar dengan skrin 4.2 inci, kamera hadapan dilengkap sensor 5-megapiksel dan 8-megapiksel untuk kamera belakang. Ia juga dilengkapi induction charging dan dedicated dock. Rekaan ini hanyalah konsep tetapi sangat menarik jika direalisasikan.

Infoto: Kuasa Kayuhan Basikal (15 gambar)

on Jun 05, 2012

Basikal merupakan sebuah kenderaan dua roda pada satu bingkai dan digerakkan melalui kayuhan tenaga manusia. Basikal diperkenalkan pada abad ke 19 dan hari ini manusia menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan, rekreasi, perlumbaan dan sebagainya. Lebih 100 juta basikal dihasilkan setiap tahun dengan lebih 60% dihasilkan di China, menjadikan bilangan basikal di seluruh dunia melebihi satu bilion, iaitu dua kali ganda berbanding automobil.

Basikal mempunyai kelebihan sebagai kenderaan serampang dua mata. Dengan teknologi yang mudah, basikal tidak menghasilkan pencemaran alam sekitar malah memberikan manfaat kesihatan kepada penunggangnya. Di paparkan di sini gambar-gambar basikal dari serata dunia dan manfaatnya kepada manusia.

Seorang warga Tahiland menunggang bersama anaknya menggunakan tri-sikal buatan sendiri semasa bencana banjir dia Bangkok pada 28 Oktober 2011.

Banting Lawak di Festival Kaamatan, Sabah

Gambar ni dirakamkan semasa festival Kaamatan di Sabah baru-baru ini. Walaupun hadiah yang ditawarkan seperti jenaka, hakikatnya kambing merupakah hadiah yang memberi faedah ekonomi kepada penduduk di Sabah, terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.

Festival Kaamatan merupakan perayaan yang disabut pada bulan Mei di Sabah. Ia disambut di semua daerah dan kampung terutama penduduk majoritinya ialah Kadazandusun. Pesta bermula pada setiap 1 Mei di mana dilakukan pelancaran Pesta Kaamatan - signifikan sempena cuti Hari Buruh. Kemuncak perayaan ialah pada 30 dan 31 Mei dan diwartakan sebagai cuti umum oleh kerajaan negeri Sabah.

Gambar ini telah menjadi sensasi di laman Reddit setelah dipostkan oleh kraven420 dan menerima lebihan 2 ribu undi.


Salah satu komen di post tersebut, "I think Kadazandusun is just South of Mordor." 

Sumber Reddit

Projek “Deep Fried Gadgets”, Goreng Gajet Kritik Budaya Konsumer

Jurugambar dari Brooklyn, Henry Hargreaves bekerjasama dengan seorang stylist makanan, Caitlin Levin untuk projek fotografi “Deep Fried Gadgets”. Projek ini adalah kritikan kepada pembaziran dalam budaya konsumer hari ini yang sering menukar ganti gajet semata-mata untuk mengejar produk terbaru dan canggih.

Canon 650D Mungkin Dilancar Minggu Ini, Spekulasi 70D dan 3D

Canon Rumors menjangkakan Canon 650D/Rebel T4i akan dilancarkan pada 8 Jun ini. Spesifikasi masih belum disahkan tetapi sumber asal mengatakan menyatakan seperti berikut:
  • Sensor 18MP
  • 9 AF Points, all cross-type
  • LCD Sentuh
  • Continuous AF dalam LiveView & rakaman video
Canon Rumors juga menjangka lensa baru EF-S 18-135 IS diumumkan bersama EF 40mm f/2.8 pancake pada tarikh yang sama.

Di Sebalik Foto: Muhammad Ali Berlatih Tinju di Dalam Air - 1961

on Jun 04, 2012


Foto ini dirakamkan oleh Flip Schulke pada tahun 1960 di Miami. Terdapat satu cerita menarik disebalik gambar istimewa ini.

Jurugambar Flip Schulke diperkenalkan kepada Muhammad Ali pada tahun 1960. Schulke memberitahu Ali dia juga merupakan jurgambar bawah air. Mendengarkan kenyataan itu, Ali memberitahu satu rahsia kepada Schulke yang dia melakukan satu rutin latihan tinju dalam air. Peninju terkenal itu membenarkan Schulke mengambil gambarnya di dalam air dengan syarat gambar itu mesti dipampang di majalah LIFE. Schulke bersetuju dan sesi penggambaran dilakukan. Beberapa minggu kemudian gambar tersebut dicetak dua muka penuh di majalah LIFE. Sedekad kemudian Ali membuat pengakuan latihan dalam air itu adalah tipu muslihat yang dilakukan semata-mata untuk masuk di majalah LIFE. Tujuan Ali hanya untuk promosi dan sensasi. Lucunya Ali sendiri tidak tahu berenang.

Walaubagaimanapun, gambar tersebut kekal sebagai gambar ikonik yang sangat menarik dan istimewa. Pose Ali yang meyakinkan dan komposisi artistik oleh Flip Schulke berjaya menggambarkan Ali sebagai seorang peninju yang hebat.

Sumber

Keindahan Jelapang Padi di bandar Genai, Jepun

Jurugambar Jason Arney merakamkan keindahan jelapang padi yang teletak di wilayah Saga, bandar Genkai, Jepun. Jelapang padi yang tersusun betingkat di lereng bukit menjadi pemandangan yang indah terutama ketika waktu matahari terbit dan terbenam. Pada waktu petang dikala matahari memantulkan cahaya di jelapang, ia kelihatan seperti pecahan kaca yang besar.

Kontroversi Gambar Kaki Yuna Zarai di Instagram

@yunzarai
Penyanyi yang sedang meningkat naik, Yuna Zarai menghadapi sedikit kontroversi apabila memuat naik gambar kakinya di laman aplikasi sosial bergambar Instgaram. Penyanyi yang popular dengan lagu Terukir Di Bintang ini merakamkan gambar tersebut ketika dalam perjalanan menuju ke Chicago, USA untuk sebuah persembahan.

Kontroversi timbul berikutan peminat-peminat Yuna mempersoalkan kredibiliti Yuna sebagai seorang penyanyi yang terkenal dengan imej bertudung, tetapi telah mendedahkan aurat kakinya. Yuna bagaimanapun  telah memadam komen-komen negatif yang diterimanya di profil tersebut.

Gambar tersebut menunjukkan Yuna meletakkan kakinya di atas dashboard kereta yang bergerak di sebuah jalan raya dengan berlatarkan langit biru. Gambar ini ditagkan dengan deskripsi "Day 2 #tourlife" dan diterapkan dengan penuras (filter) Lo-Fi. Profil Yuna Zarai di Instgaram boleh diikuti di @yunazarai.

Peten Terbaru Nikon Dedah Lensa Mirrorless f/0.7

on Jun 02, 2012



Paten terbaru yang didaftarkan oleh Nikon berkemungkinan lensa akan datang untuk kamera mirrorless Nikon 1 mempunyai bukaan aperture sebesar f/0.7. Perkembangan ini menarik kerana bukaan aperture yang besar untuk kamera mirrorless belum pernah dihasilkan oleh mana-mana syarikat. Bagaimanapun harus diingat harga untuk bukaan aperture sebesar f/0.7 tidak akan datang dengan harga yang murah. Sebagai perbandingan lensa Canon 50mm f/1.2 dijual pada harga $1500 (~RM4,500).

Mengikut rekod, bukaan aperture f/0.7 merupakan bukaan terbesar pernah dihasilkan dalam sejarah fotografi. Ia direka pada lensa 50mm Carl Zeiss Planar dan digunakan NASA untuk merakam tempat yang gelap di bulan pada tahun 1966.

Selain itu lensa 50mm Carl Zeiss Planar f/0.7 juga digunakan oleh Stanley Kubric dalam penggambaran filem "Barry Lyndon" untuk babak cahaya lilin.

Sumber
Paten: Nikon Rumors
Info Carl Zeiss Planar f/0.7: Wikipedia.

“Sucker Punch” Juga Ada Babak Senggama Minda

Minggu lalu kami ada paparkan satu babak senggama minda dari filem "Contact". Kali ini kami kongsikan satu lagi babak yang hampir sama dari filem "Sucker Punch". Berbeza dengan "Contact", "Sucker Punch" tidak menggunakan teknik CGI untuk mendapatkan kesan yang menarik ini. Peminat berpendapat babak ini menggunakan cermin untuk reflek kepada pelakon sebenar dan dibantu post-processing menjadikan ia kelihatan real.

Menariknya kedua-dua babak dari filem "Contact" dan "Sucker Punch" menggunakan pelakon yang sama iaitu Jena Malone.

Sumber

Illustrasi Pintar: Copywriter vs. Art Director (12 gambar)

Copywriter (maaf tiada terjemahan tepat dalam Bahasa Melayu) ialah orang yang menggunakan teks sebagai medium untuk mempromosikan sesuatu jenama/produk secara efektif. Pengarah seni pula (art director) mempunyai tugas yang sama seperti copywriter tetapi  medium penyampaiannya adalah seni visual.

Untuk lebih memahami perbezaan antara Copywriter dan Art Director siri illustrasi berikut boleh membantu.

Masej Dari Pengarah Fotografi Nat Geo: Hentikan Guna "Filters"

Lambakan penggunaan "filters" atau efek penerapan gambar seperti yang digunakan pada aplikasi Instagram tidak boleh digunakan jika anda mahu gambar anda diterima di laman majalah National Geography. Menurut panduan yang baru dikeluarkan oleh Pengarah Fotografi National Geography, teknik penambahbaik gambar seperti  minimal dodging dan burning, black and white, hand tinted images, HDR dan crop masih boleh diterima asalkan dilaksanakan dengan baik. Penggunaan lensa fish eye tidak digalakkan manakala filters dilarang sama sekali.

Masej larangan penggunaan filters oleh pengarah fotografi majalah terkenal dunia itu tegas dengan masej: “No. Please stop.” ("Tidak. Sila hentikan").

50 Tips Pantas Fotografi (video)

DigitalRev dengan stail infotainmen mereka yang tersendiri, menyediakan video 50 tips pantas untuk fotografi. Enjoy!

Instagram: Hasil Terapan Semua Filter Dalam Satu Foto

on Mei 30, 2012

Fungi utama dalam aplikasi Instagram ialah filter. Dengan menerapkan filter, gambar akan kelihatan lebih cantik dan menyerlah. Instagram menyediakan pelbagai jenis filter untuk kebebasan citarasa pengguna.

Terfikirakah anda apa yang terhasil jika kesemua filter dalam aplikasi Instagram diterapkan dalam satu gambar?

Jika anda belum pernah mencubanya, lihat turutan gambar di bawah.
Normal

Gambar Panel iPhone 5 Dedahkan Skrin 4 Inci dan Casing Aluminium


Menurut khabar angin, iPhone generasi ke-5 akan dilengkapi dengan paparan skrin 4-inci. Sumber terbaru dari 9to5mac - salah sebuah syarikat yang membekalkan panel iPhone di China, mendedahkan gambar bahagian depan dan belakang iPhone 5.

Aplikasi Perkongsian Gambar Untuk Memalukan Pesalah Parking

Kita selalu melihat orang meletakkan kereta sesuka hati. Contohnya parking untuk orang OKU biasanya diisi oleh kereta mewah yang merasakan mereka berhak parking betul-betul di hadapan pintu masuk walaupun mereka bukan golongan OKU. Situasi lebih teruk jika kereta yang parking menghalang lalu lintas dan menyusahkan pengguna.

“The 2012 World Photo Games” Iklan Lawak Sukan Fotografi Olimpik

Sempena Sukan Olimpik 2012 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, The Camera Store mengambil kesempatan menghasilkan sebuah iklan viral bertajuk “The 2012 World Photo Games”. Iklan ini menggambarkan beberapa acara sukan yang menggunakan peralatan fotografi.

Terdahulu The Camera Store pernah menghasikan iklan viral The Battle of F-Stop Ridge.

Siri Foto Basikal Halimunan Karya Zhao Huasen (7 gambar)

on Mei 29, 2012


Dengan sedikit manipulasi, Zhao Huasen menghasilkan siri foto basikal halimunan yang mengkagumkan.

Babak Senggama Minda dari Filem Contact, 1997


Lihat sini bagaimana babak ini dihasilkan.

Joe McNally dan Zack Arias di Malaysia Julai Ini

Dua jurugambar tersohor dunia, Joe McNally dan Zack Arias akan berada di Malaysia pada 24 hingga 29 Julai 2012 ini untuk persidangan fotografi bertempat di Taylor's University Lakeside Campus, Sunway, Kuala Lumpur. Kedua-dua nama besar ini terkenal dengan teknik pencahayaan menggunakan lampu denyar atau strobist. McNally ialah pengguna Nikon yang menggunakan sepenuhnya teknologi TTL dalam pencahayaan manakala Zack Arias terkenal dengan one light setup.

Menggunakan tagline One Light vs Many Light peserta berpeluang mempelajari teknik strobist dengan menyertai workshop yang diadakan.

Persidangan ini dianjurkan oleh Creative Asia dijayakan bersama jurugambar terkenal tanah air Louis Pang.


 
© EraPiksel All Rights Reserved