Foto-foto Seni Halus Alex Stoddard (11 gambar)

on Jun 22, 2012



Alex Stoddard merupakan jurugambar berasal dari Georgia. Baru berumur 18 tahun, beliau memperlihatkan bakat semulajadi sebagai seorang jurugambar yang mempunyai potensi besar di masa hadapan. Stoddard memfokuskan kepada karya foto penggabungan manusia dengan alam semulajadi, potrait-potrait aneh dan surreal.


Di laman perkongsian gambar Flickr, Stoddard berjaya melaksanakan Projek 365 - mengambil gambar setiap hari selama setahun. Setiap gambar yang dimuat naik menerima puluhan ribu view dan puluhan komen. Projek 365 Stoddard berakhir pada 26 Julai 2011.


Kini, Stoddard telah menamatkan persekolahan dan tinggal bersama rakan jurugambar, Brian Oldham di California. Dengan bakat dan kreativiti yang dimilikinya, Stoddark meneruskan minatnya sebagai jurufoto berbayar untuk beberapa agensi. Di Flickr, Stoddard masih memuat naik gambar-gambar yang menakjubkan walaupun tidak sekerap dahulu.

 










Sumber Alex Stoddard dan Filckr.
Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved