Nikon D800E Catat Skor Tertinggi DxO Mark Atasi D800

on Jun 21, 2012


Sebelum ini Nikon D800 mencatat skor tertinggi DxO Mark dengan bacaan 95.  Hari ini DxO Mark mengeluarkan keputusan ujian untuk D800E dengan jumlah skor keseluruhan 96, satu mata mengatasi D800 menjadikan D800E sebagai raja baru ujian DxO Mark.

Sebagai perbandingan Nikon D4 mencatat skor 89, Canon 5D Mark II (81) dan Nikon D3200 (81).

DxO mark merupakan sebuah panel bebas bereputasi tinggi dan dipercayai dalam menentukan kualiti imej untuk kamera dan lensa. Ujian-ujian yang dijalankan oleh DxO Mark menjadi kayu ukur dalam menilai kualiti sesebuah kamera di pasaran.

Nikon D800E merupakan DSLR kembar kepada D800 tetapi tidak dilengkapkan dengan penuras low pass (low pass filter). Tanpa penuras ini, imej yang dirakam lebih tajam pada resolusi sebenar. Kebanyakan kamera hari ini dilengkapkan dengan penuras low pass betujuan mengelakkan moiré and kesalahan warna.

Harga Nikon D800 di Malaysia ialah RM 10,899 manakala D800E ialah RM11,899.

Sumber DxO Mark via Nikon Rumors

Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved