Basikal merupakan sebuah kenderaan dua roda pada satu bingkai dan digerakkan melalui kayuhan tenaga manusia. Basikal diperkenalkan pada abad ke 19 dan hari ini manusia menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan, rekreasi, perlumbaan dan sebagainya. Lebih 100 juta basikal dihasilkan setiap tahun dengan lebih 60% dihasilkan di China, menjadikan bilangan basikal di seluruh dunia melebihi satu bilion, iaitu dua kali ganda berbanding automobil.
Basikal mempunyai kelebihan sebagai kenderaan serampang dua mata. Dengan teknologi yang mudah, basikal tidak menghasilkan pencemaran alam sekitar malah memberikan manfaat kesihatan kepada penunggangnya. Di paparkan di sini gambar-gambar basikal dari serata dunia dan manfaatnya kepada manusia.
|
Seorang warga Tahiland menunggang bersama anaknya menggunakan tri-sikal buatan sendiri semasa bencana banjir dia Bangkok pada 28 Oktober 2011. |
|
Penganalisis biologi dari Bank Sperma Seattle, Alan Dowen menunggang basikal rekaan khas untuk menghantar dermaan sperma kepada klinik kesuburan di Seattle. |
|
Kakitangan Murata Manufacturing Co., Jepun mempersembahkan robot penunggang basikal "Murata Seisaku-kun" pada pameran elektronik di China, Jepun. |
|
Zhang Yali mencuba basikal gergasi yang direka dan dihasilkan oleh Zhang dan rakan-rakan di Jilin, China. |
|
Pereka basikal Jerman, Dieter "Didi" Senft, aka El Diabolo menunjukkan basikal inovasi rekaanya dikenali sebagai '111-twelve-teeth-rake-bicycle' di Storkow, Jerman. |
|
Pasukan Spanyol beraksi dalam acara kejar mengejar berpasukan lelaki semasa 2012 UCI Track Cycling World Championships di Hisense Arena, April 2012. |
|
Seorang pengunjung mengkagumi model basikal solar yang dipamerkan di 2011 Taipei World Design Expo on October 22, 2011. |
|
Seorang lelaki mengayuh pedal sebuah pam untuk mengisi minyak sebuah kereta (Kelisa?) di sebuah stesen gas yang telah dilanda bencana tsunami dan gempa bumi di Minamisanriku, Japa |
|
Seorang lelaki sedang menghayati karya seni bertajuk "Forever Bicycle" dihasilkan oleh artis China, Ai Weiwei di Taipei Fine Art Museum. |
|
Seorang gadis mengayuh sebuah basikal penjana kuasa elektrik untuk Occupy camp di Finsbury Square. |
|
Pelajar berlatih membaca sambil menunggang basikal latihan di Conestoga Elementary school di Gillette, Wyo. Pelajar dibenarkan menyiapkan tugasan sambil menggunakan basikal yang diletakkan di belakang kelas. |
|
Perajurit Steve Richardson yang kehilangan kedua-dua kaki, mendemonstrasikan basikal yang direka khas untuk bersaing dalam Race Across America, Jun ini. Perlumbaan tersebut diumumkan di Tedworth House, Tidworth, England. Mereka akan mengayuh sejauh 3051 batu merentasi 12 negeri mengatasi 30% jarak Tour de France. Pelumbaan ini adalah sokongan kepada perajurit yang mengalami kecacatan akibat peperangan melalui sebuah badan amal dikenali Help For Heroes. |
|
Penunggang basikal berumur 100 tahun, Robert Marchand dari Perancis menaiki basikalnya untuk mencatat rekod dunia dengen menunggang tanpa henti di Union Cycliste Internationale (UCI) velodrome, Aigle, Switzerland. Marchand yang lahir pada November 26, 1911, mengayuh sejauh 24.251 km mengelilingi trak 200 meter sekaligus mencatat rekod baru. |
|
Seorang penuggang basikal ekstrim menunggang di sebuah taman skateboard di Austin |
|
Jurutera Mekanikal, Daniel Ratner mendemonstrasikan StreetView Trike yang digunakan untuk pemetaan oleh pasukan StreetView di pejabat Google di Mountain View, Calif. |
Terjemahan dari
The Big Picture.
Ranking: 5
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan