Instagram: Hasil Terapan Semua Filter Dalam Satu Foto

on Mei 30, 2012

Fungi utama dalam aplikasi Instagram ialah filter. Dengan menerapkan filter, gambar akan kelihatan lebih cantik dan menyerlah. Instagram menyediakan pelbagai jenis filter untuk kebebasan citarasa pengguna.

Terfikirakah anda apa yang terhasil jika kesemua filter dalam aplikasi Instagram diterapkan dalam satu gambar?

Jika anda belum pernah mencubanya, lihat turutan gambar di bawah.
Normal

Gambar Panel iPhone 5 Dedahkan Skrin 4 Inci dan Casing Aluminium


Menurut khabar angin, iPhone generasi ke-5 akan dilengkapi dengan paparan skrin 4-inci. Sumber terbaru dari 9to5mac - salah sebuah syarikat yang membekalkan panel iPhone di China, mendedahkan gambar bahagian depan dan belakang iPhone 5.

Aplikasi Perkongsian Gambar Untuk Memalukan Pesalah Parking

Kita selalu melihat orang meletakkan kereta sesuka hati. Contohnya parking untuk orang OKU biasanya diisi oleh kereta mewah yang merasakan mereka berhak parking betul-betul di hadapan pintu masuk walaupun mereka bukan golongan OKU. Situasi lebih teruk jika kereta yang parking menghalang lalu lintas dan menyusahkan pengguna.

“The 2012 World Photo Games” Iklan Lawak Sukan Fotografi Olimpik

Sempena Sukan Olimpik 2012 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, The Camera Store mengambil kesempatan menghasilkan sebuah iklan viral bertajuk “The 2012 World Photo Games”. Iklan ini menggambarkan beberapa acara sukan yang menggunakan peralatan fotografi.

Terdahulu The Camera Store pernah menghasikan iklan viral The Battle of F-Stop Ridge.

Siri Foto Basikal Halimunan Karya Zhao Huasen (7 gambar)

on Mei 29, 2012


Dengan sedikit manipulasi, Zhao Huasen menghasilkan siri foto basikal halimunan yang mengkagumkan.

Babak Senggama Minda dari Filem Contact, 1997


Lihat sini bagaimana babak ini dihasilkan.

Joe McNally dan Zack Arias di Malaysia Julai Ini

Dua jurugambar tersohor dunia, Joe McNally dan Zack Arias akan berada di Malaysia pada 24 hingga 29 Julai 2012 ini untuk persidangan fotografi bertempat di Taylor's University Lakeside Campus, Sunway, Kuala Lumpur. Kedua-dua nama besar ini terkenal dengan teknik pencahayaan menggunakan lampu denyar atau strobist. McNally ialah pengguna Nikon yang menggunakan sepenuhnya teknologi TTL dalam pencahayaan manakala Zack Arias terkenal dengan one light setup.

Menggunakan tagline One Light vs Many Light peserta berpeluang mempelajari teknik strobist dengan menyertai workshop yang diadakan.

Persidangan ini dianjurkan oleh Creative Asia dijayakan bersama jurugambar terkenal tanah air Louis Pang.


Getty Image Tukar Format Watermark


Getty Image mendedahkan fomat watermark baru untuk kandungan digital yang diterbitkan oleh mereka. Diinspirasikan dari plak seperti di pameran, paparan watermark baru berbentuk segiempat diletakkan di sebelah kiri gambar berbanding di tengah-tengah seperti sebelum ini. Watermark baru itu juga memberikan informasi pautan ringkas dan kredit kepada nama pemilik.

Foto-foto Indah Jambatan Bulan di Taipei (5 gambar)

on Mei 27, 2012


Foto-foto ini dirakam oleh seorang jurugambar yang menggunakan nama bbe022001 di Flickr. Fokus dalam setiap gambar Jambatan Bulan di Taipei, Taiwan ialah menggambarkan suasana yang damai dan harmoni dengan jambatan sebagai subject. Air yang tenang dan jernih menghasilkan refleksi jambatan, disempunakan lagi dengan kabus, pencahayaan dari matahari dan ton warna yang kelam mewujudkan pemandangan membuai perasaan.

Lagi Spesifikasi Nikon D600

Kami pernah mendedahkan spesifikasi yang mungkin ada pada Nikon D600 sebelum ini. Sumber terbaru dari Nikon Rumors menyatakan spesifikasi terkini D600 seperti berikut.
  • 24.7MP sensor full frame
  • Berat: 760g (850g dengan bateri dan kad memori), sebagai perbamdingan D800 seberat 900g
  • 3.2" LCD dengan 921K serta sensor kawalan persekitaran
  • keluaran HDMI
  • Kompressi video: H264/MPEG-4
  • HD penuh dengan 30p, 25p, 24p, HD with 60p, 50p, 30p, 25p
  • Cakupan viewfinder: 100% untuk FX , 97% untuk Dx
  • Dilengkapi built-in AF motor (sebelum ini info menyatakan mungkin tidak dilengkapi motor AF)
  • Badan kamera berkemungkinan "weather sealed"
  • Tiada terbina dalam GPS seperti yang dilaporkan sebelum ini
  • Jajaran ISO: 100-6400 (dengan Lo-1 ISO 50 dan Hi-2 ISO 25,600)
  • 39 titik AF (dengan pilihan 11 titik AF), 9 cross-type titik AF
  • AF pengesan wajah
  • Exposure compensation: ±5 EV (sama seperti D800)
  • Nikon D600 berkemungkinan menggunakan EN-EL15 rechargeable bateri Li-ion

Flashed Face Distortion Effect Jadikan Wajah Selebriti Kelihatan Hodoh

Video di atas menuntukkan ilusi gila yang dinamakan Flashed Face Distortion Effect (Pancaran Kesan Herotan Wajah?). Dengan memaparkan sekilas gambar pada kedudukan setara dengan mata, otak manusia akan membandingkan perbezaan, menyebabkan wajah yang dipaparkan kelihatan hodoh dan mengerikan.

Menurut  Matthew Thompson kesan Flashed Face Distortion Effect ditemui oleh seorang penuntut, Sean Murphy secara tidak sengaja. Sean telah meletakkan wajah satu set wajah pada kedudukan sejajar dan mula melihat setiap wajah. Selepas beberapa saat dia menyedari beberapa wajah kelihatan seperti cacat. Dia melihat kembali pada wajah yang hodoh itu tetapi ia kelihatan normal semula.

Video di atas juga telah memenangi tempat kedua dalam Best Illusion of the Year Contest, 2012.

Sumber Huffington Post

Di Sebalik Foto Budak Mengusap Kepala Presiden Obama

on Mei 26, 2012

Pete Souza/The White House
Selepas tergantung selama tiga tahun di West Wing,White House, The New York Times akhirnya membuka cerita di sebalik gambar budak yang mengusap kepala Presiden U.S, Obama Barrack.

Pada May 2009, Jacob Philadelphia (kanak-kanak dalam gambar di atas), melawat White House dengan bapanya yang merupakan seorang bekas marin yang kini bekerja sebagai staff di White House. Ayah Jacob memohon keizinan untuk mengambil gambar keluarga bersama Presiden Obama. Selepas selesai sesi penggambaran Jacob mahu bertanya sesuatu kepada Obama. Ayahnya, Mr. Philadelphia kemudian menyatakan keinginan Jacob kepada Obama tanpa mengetahui apakah soalan yang mahu ditanya oleh anaknya.

Foto-foto Siluet Menakjubkan oleh Jurugambar Indonesia (12 gambar)

Prayer

Irving Lubis aka Pink Swod, seorang jurugambar dari Yogyakarta, Indonesia menggunakan sepenuhnya suasana matahari terbenam untuk menghasilkan koleksi foto siluet (silhouetted) yang superb. Setiap foto yang diambil turut diberi tajuk yang menarik seperti The Nomad, Let's Home, Do You Love Me dan Heal the World, menjadikan foto yang diambil memberikan impak cerita yang mendalam.

Sample Video Pertama Menggunakan Google Glass


Semalam telah kongsikan sampel gambar dari prototaip Project Glass. Kali ini sampel video pula dikeluarkan. Video HD (720p) berdurasi 15 saat ini dirakam dari kedudukan first person view menunjukkan seseorang melakukan flips di atas sebuah trampolin. Pada teknologi sekarang rakaman seperti itu hanya boleh dilakukan dengan kamera GoPro.

From Love to Bingo Filem Pendek Dari Kompilasi 873 Gambar

on Mei 25, 2012

Menggabungkan 873 keping gambar dengan kelajuan 15 imej per saat, satu filem pendek dihasilkan oleh AlmapBBDO untuk mempromosikan syarikat mengendali dan pengedar kandungan visual terkenal dunia, Getty Image. Filem yang diberi tajuk "From Love to Bingo" mengisahkan kehidupan seorang lelaki dari mula mencintai seorang wanita sehingga penghujung kehidupannya.

Penulis, Sophie Schoenburg dan pengarah seni Marcus Kotlhar bekerja selama 6 bulan untuk memilih gambar, menulis skrip dan membina setiap babak supaya ia menjadi filem yang mudah difahami dan menyentuh perasaan. Kajian mereka melibatkan sejumlah 5 ribu gambar dari pangkalan data Geety Image sebelum 873 gambar disunting ke dalam filem.

Bonus: lol pic 392 di 0:26

Google Pertonton Sample Gambar dari Google Glass (6 gambar)


Persidangan Fotografi Googe+ semalam menyaksikan salah seorang ahli dalam pasukan Project Glass, Max Braun mendemonstrasikan teknik fotografi menggunakan Google Glasses dan membayangkan potensi kepada impak dunia fotografi di masa akan datang.

Walaupun mengakui Google Glass belum bersedia untuk menggantikan kamera professional masa kini, beliau melihat Google Glass akan membuka dimensi baru dalam dunia fotografi. Braun membandingkan evolusi kamera melalui kemajuan telefon bimbit akan dituruti oleh Google Glass.

Facebook Lancarkan Aplikasi Kamera Sendiri


Tanpa sebarang khabar angin, Facebook tiba-tiba melancarkan aplikasi kamera mereka sendiri dikenali "Facebook Camera". Aplikasi yang boleh dihubung ke akaun Facebook turut menyediakan kemudahan mengambil gambar, tag dan komen pada gambar.

Sensor Terbaru OmniVision Bakal Bawa Video 4K ke iPhone 5


Bagi seorang pengguna biasa, iPhone 4S hanya dipertingkatkan secara minor. Ramai menganggap promosi berlebihan diberikan kepada pembantu bersuara pintar - Siri. Namun bagi peminat fotografi, teknologi kamera pada iPhone 4S sesuatu yang mengujakan. Dengan bukaan aperture f/2.4 dan teknologi anti gegar, ia meletakkan iPhone 4S sebagai raja fotografi dikalangan telefon pintar lain. Tetapi selepas pelancaran Nokia PureView 808 dengan kamera 41MP, iPhone 4S kelihatan sangat terkebelakang. Jadi, Apple perlukan sesuatu yang baharu untuk menerajui semula arena fotografi telefon pintar.

OmniVision telah mengumumkan dua sensor 16MP yang membawakan teknologi video 4K. Sensor yang hanya bersaiz 1/2.3 inci, mampu merakam 4K (resolusi 3480 x 2160) video pada 60fps dan resolusi 4608 x 3456 pada 30fps. Kedua-dua sensor juga boleh digunakan untuk rakaman foto dengan format imej 12-bit RAW. Untuk masa sekarang mungkin tiada pemproses telefon pintar yang mampu digunakan bersama sensor ini tetapi dengan perkembangan teknologi masa kini ia bukan halangan besar.

Video 4K adalah resolusi baru dalam cinematografi digital and grafik komputer. Sebagai perbandingan, resolusi rakaman Full HD ialah 1920 x 1080.

Lagi Kegagalan Photoshop Kerajaan China


Kerajaan China sekali lagi menggunakan photoshop untuk menyunting gambar lima orang pegawai yang memeriksa taman. Gambar yang kelihatan disunting sangat ketara mengakibatkan seorang pemeriksa kelihatan terapung, dan seorang lagi kelihatan berkaki pendek. Hasil kerja amatur ini menjadi viral di China menyebabkan laman web kerjaan terpaksa mengeluarkan permohonan maaf.

Cerita Jurugambar Di Sebalik Perkahwinan Mark Zuckerberg

on Mei 24, 2012


Mark Zuckerberg akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya, Priscilla Chan selepas sembilan tahun menjadi pasangan kekasih. Zuckerberg mengumumkan ikatan rasmi bersama Priscilla melalui kemaskini status di Facebook. Gambar perkahwinan mereka (gambar di atas) kemudian dimuat naik di susur masa Zuckerberg, telah meraih lebih 1 juta likes dan ribuan komen.

Jurugambar yang bertanggungjawab merakamkan gambar tersebut adalah Noah Kalina, seorang artis professional dari Brooklyn. Menurut Kalina, 31, dia menerima panggilan dari Zuckerberg dan Priscilla Chan sehari sebelum berlangsungnya majlis. Dia terus berlepas keesokkan pagi, dan tiba beberapa sebelum majlis bermula. Gambar yang diambil menggunakan Canon 5D Mark II dan lensa 24-70mm, dan mengambil masa 15 minit untuk suntingan.

Infografik Color Temperature Dalam Fotografi

Majalah Digital Camera World menerbitkan sebuah infografik skala color temperature dan penggunaanya bersama preset white balance di kamera. Klik pada gambar untuk paparan penuh.

Sumber Digital Camera World

Had Rakaman Video Kamera Digital 30 Minit Bakal Dihapus


Sebarang rakaman video kamera digital hanya mampu merakam maksima 30 minit (atau lebih tepat 29 minit 59 saat). Tahukah anda limitasi ini bukanlah bersangkut paut dengan keupayaan hardware mahupun software, tetapi disebabkan pengeluar mahu mengelakkan duti cukai 5.4% yang dikenakan pada kamera video. Menghadkan tempoh rakaman selama 30 minit membolehkan pengeluar mengelakkan kamera digital diklasifikasikan sebagai sebuah kamera video.

Terkini, limitasi rakaman video selama 30 minit mungkin boleh dihapus apabila Perjanjian Teknologi Maklumat Pertubuhan Perdagangan Dunia (ITA) dikaji semula.  Beberapa negara temasuk U.S telah memulakan perbincangan tidak rasmi mencari jalan memperluaskan skop ITA. Antara yang dipertimbangkan  termasuk mengkaji semula produk yang terikat dengan tariff dan duti.

Jika perkara ini berjaya, kamera digital tidak perlu lagi dihadkan pada 30 minit rakaman. Walaupun masih ada halangan lain seperti masalah kepanasan sensor, sekurang-kurangnya kekangan undang-undang bukan lagi isu.

Sumber dpreview.

Penerangan Mudah Mengenai ISO Dalam Fotografi Digital (Video)


Dalam fotografi atau videografi digital, ISO merupakan salah satu perkara yang perlu difahami oleh pengguna. ISO ialah penunjuk sensitiviti sensor terhadap cahaya. Ia diukur menggunakan nombor 100, 200, 400 dan seterusnya. Lebih tinggi nombor bermaksud lebih sensitif sensor terhadap cahaya. Rekod tertinggi ISO yang terkini adalah ISO 204,800 pada sensor Canon 1DX dan Nikon D4.

Jurugambar seboleh-bolehnya mahu menggunakan nilai ISO yang terendah. Penggunaan ISO yang tinggi menyebabkan terhasilnya noise atau bintik pada gambar. Persoalanya, mengapakah noise ini terhasil? Dylan Bennett melalui Khan Academi telah menghasilkan sebuah video mudah untuk memahami bagaimana ISO ini berfungsi.

Pentax Umum DSLR K-30

on Mei 23, 2012



Pentax secara rasminya melancarkan kamera DSLR terbaru, K-30. Didatangkan dengan keupayaan tahan cuaca K-30 disasarkan untuk pengguna mid-level yang menggemari fotografi outdoor. Spesifikasi K-30 seperti berikut:

  • Sensor APS-C 16MP 
  • 6fps burst mode 
  • speed autofocus 9/11 cross-type point 
  • terbina dalam penstabil imej 
  • 60fps Live View 
  • viewfinder optikal dengan pandangan 100% 
  • skrin 3 inci LCD 
  • 1080p rakaman video HD
  • ISO100-12800 (anjakan sehingga 25,600) 
  • Warna pilihan putih, biru dan hitam. 

  Harga dengan it lensa 18-55mm ialah $900, badan sahaja $850. Di pasaran bermula Julai 2012

Fotografi Forced Perspective Menggunakan Cenderahati


Seorang jurugambar bebas, Michael Hughes telah merakamkan pelbagai tempat menarik di serata dunia. Uniknya untuk setiap tempat yang dilawati, Hughes akan menggantikan landmark tempat tersebut dengan cenderahati dan merakamkan foto menggunakan teknik forced-perspective.

Dari Lakaran kepada Realiti: Bagaimana Nokia 808 PureView Dibangunkan


Dalam mempromosikan Nokia 808 PureView berkamera 41MP, Nokia menghasilkan sebuah dokumentari bagaimana 808 PureView dibagunkan. Video yang berdurasi 8 minit 26 saat ini menceritakan idea asal kamera 41MP yang dilakar di atas kertas tisu yang kemudiannya diterjemahkan menjadi sebuah telefon.

Video ini dibuat sepenuhnya menggunakan Nokia 808 Pure View.

Patung Gajah Anti Graviti Karya Daniel Firman


Daniel Firman sekali lagi menghasilkan karya senggama minda menggunakan patung gajah. Kali ini Firman  membalikan gajah yang beraksi menyedut dinding menggunakan belalai, menghasilkan patung anti-graviti. Karya ini bertajuk Nasutamanus sedang dipamerkan di Kunsthalle Wien, Vienna sehingga 2 September 2012.

Koleksi Wallpaper Samsung Galaxy S3 Resolusi 1440x1280 (14 gambar)

Malaysia menjadi antara negara terawal menerima telefon pintar Samsung Galaxy S3 apabila ia bakal dipertontonkan secara rasminya di Malaysia pada 24 Mei ini. Pun begitu tarikh jualannya dijangkakan hanya akan dimulakan sama dengan jualan dinegara-negara lain, bermula daripada 29 Mei.

Dilaporkan Samsung Galaxy S3telah mendapat 9 juta tempahan awal dari seluruh dunia

Samsung Galaxy S3 diperkasakan dengan pemproses empat-teras Exynos dan paparan 4.8-inci HD Super AMOLED yang meyokong resolusi1280 x 720 piksel. Resolusi untuk wallpaper pula adalah 1440x1280 untuk paparan merentasi menu.

Untuk meraikan pelancaran Galaxy S3 kami telah kumpulkan sejumlah 14 gambar resolusi tinggi sebagai pilihan wallpaper samsung Galaxy S3. Klik untuk besarkan dan simpan.


Spekulasi Canon EOS 70D dan EOS 7D Mark II

on Mei 22, 2012



Canon Rumors membayangkan Canon akan hasilkan dua kamera format APS-C iaitu Canon EOS 70D dan EOS 7D Mark II sebagai pengganti kepada EOS 60D dan EOS 7D. Dijangkakan kedua-dua kamera ini akan menggunakan sensor 18MP. Maklumat  seperti berikut:

EOS 70D


  • Digic 5
  • 18MP
  • 100% viewfinder dengan garis grid seperti 7D
  • 19 AF Points dati 7D
  • AF berterusan untuk LiveView & rakaman video.
  • Dijangka diumum September.


7D Mark II


  • Dual Digic 5
  • 100% viewfinder
  • 61 Point AF dari 5D Mark III
  • Diumum selepas 70D


Sumber Canon Rumors

Gambar-gambar Terbaik Gerhana Matahari Anulus 2012 (10 gambar)

Pada 21 Mei 2012 dunia telah menyaksikan gerhana matahari Anulus (cincin). Gerhana analus terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.


Fasa anulus telah dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun dan bahagian barat Amerika Syarikat serta Kanada, Guangzhou, Taipei, Tokyo dan Albuquerque yang berada di laluan pusat. Gerhana maksimum berlaku di Pasifik Utara, Kepulauan Aleutian selatan bagi tempoh lima minit dan 46 saat.

Di Malaysia gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak secara separa.

Berikut adalah gambar-gambar gerhana matahari anulus yang telah dirakamkan oleh jurugambar di seluruh dunia.

Rakaman Selang-Waktu Gerhana Matahari

Cory Poole menghasilkan video selang-waktu (time-lapse) gerhana matahari menggunakan 700 keping gambar. Gambar dirakam melalui teleskop menggunakan filter khas.

Gerhana Matahari Hasil Bayang Bentuk Sabit (5 gambar)



Gerhana matahari yang berlaku semalam menghasilkan bayang yang unik. Semasa bulan berkedudukan hampir selari di antara bumi dan matahari, cahaya matahari yang melalui celahan daunan pokok menghasilkan bayang berbentuk sabit.

Samsung Umumkan Kamera Mirrorless NX20, NX210 and NX1000

on Mei 18, 2012

Samsung telah mengumumkan tiga model kamera mirrorless siri NX yang diupayakan dengan 'Smart' Wi-Fi iaitu NX20, NX210 dan NX1000.

NX1000 

NX1000 menawarkan sensor APS-C 20.3MP, skrin LCD 3 inci, video rakaman HD 1080p, teknologi Smart Auto 2.0 dan Smart Link Hot Key iaitu perkongsian foto secara terus melalui Wi-Fi dengan hanya menekan sebuah butang. NX1000 bakal menjengah pasaran bermula Jun dengan harga $699 didatangkan bersama 20-50mm lensa zoom.

Pelancaran Kamera Mirrorless Sony NEX-F3 Lensa 18-200mm f/3.5-6.3 OSS

Semalam juga Sony telah lancarkan kamera mirrorless entry-level NEX-F3 dan sebuah lensa 18-200mm f/3.5-6.3 OSS stabilized superzoom untuk E-mount.


NEX-F3 dilengkapi sensorAPS-C 16.1MP, skrin LCD varianle 180-darjah, ISO 100-16,000, lampu denyar pop-up, rakaman video 1080p dan teknologi “Clear Image Zoom” yang membolehkan 2x zoom digital tanpa menjejaskan bilangan piksel. NEX-F3 akan berada di pasaran pada Julai dengan harga $600 (lengkapan kit 18-55mm). Warna  yang ditawarkan adalah perak, hitam dan putih.

Sony Lancarkan DSLR A37 and 18-135mm f/3.5-5.6




Sony akhirnya melancarkan secara rasmi kamera DSLR A37 dan sebuah lensa 18-135mm f/3.5-5.6.

Kamera DSLR A37 didatangkan dengan translucent mirror, sensor APS-C 16.1MP, rakaman video 1080p, ISO100-16,000, teknologi “Clear Image Zoom”, kepupayaan 7fps high-speed shooting dengan full-time continuous autofocus, terbina dalam penstabil imej dan 15 titik (3 cress-type) sistem autofokus.
A37 akan tiba di pasaran pada Jun dengan arga $600 dengan it lensa 18-55mm.

Canon 650D dan Beberapa Kamera Mirrorless Akan Diumumkan

on Mei 17, 2012


Canon akan mengumumkan kamera DSLR EOS 650D dan sebuah kamera mirrorless pada 6 Jun 2012. Dijangkakan maklumat yang lebih terperinci akan didedahkan bebarapa minggu dari sekarang.

Mengikut maklumat yang sedia ada spesifikasi Canon mirrorless adalah seperti berikut:
  • Dua kamera mirrorless akan diperkenalkan pada tahun ini. 
  • Menggunakan sensor saiz G1 X
  • Salah satu kamera mirrorless menggunakan sensor APS-C
  • 14 dan 24 megapiksel
  • kompatibaliti EF tetapi bukan lensa mount EF
  • EVF di salah satu kamera
  • tiga atau lina lensa akan diumumkan


Disamping itu Olympus dan Panasonic juga akan melancarkan model baru kamera mirrorless mereka dalam waktu terdekat.Panasonic akan mengumumkan model baru kamera G5 bersama lensa siri X iaitu 13-35mm dan 35-100mm. Olympus pula akan melancarkan lensa baru untuk sistem m43 (60mm makro dan 75mm f1/8).

Flickr Pertingkatkan Paparan Foto dengan Liquid










































Flickr akhirnya mempertingkatkan paparan foto di laman webnya. Dikenali sebagai "liquid", laman Flickr akan memaksimakan saiz foto mengikut resolusi monitor secara automatik. "Liquid" juga diintegrasikan bersama "lightbox" membolehkan foto dipaparkan penuh pada skrin pengguna. Namun "liquid" hanya boleh digunakan untuk foto yang dimuatnaik pada 1 Mac 2012 dan ke atas.

Peningkatan yang dilakukan oleh Flickr ini sedikit ironi kerana sehari sebelum ini Gizmodo telah mengkritik Yahoo ke atas pemilikan Flickr yang dikatakan membunuh inovasi dalam Flickr. Kami mengharapkan Flickr akan terus menambahbaik sistem yang sedia ada untuk kekal bersaing sebagai laman perkongsian gambar yang popular.

Sumber blog Flickr.

Kamera Instagram Bakal Menjadi Realiti

Selepas Instagram memperoleh $1bilion melalui penjualan kepada Facebook, satu video dihasilkan oleh The Verge dimana Instagram menghasilkan kamera polaroid mereka sendiri dikenali Instagram-Snap. Walaupun video itu hanyalah lelucon tetapi ramai mengakuinya konsep idea yang diketengahkan sangat menarik.

Keindahan Jejak Cahaya Bintang dan Bumi dari Orbit

on Mei 16, 2012



Angkasawan NASA Don Pettit merakamkan gambar jejak cahaya (light trail) yang sangat indah dari Stesen Angkasa Antarabangsa. Pettit merakamkan 18 gambar berasingan dengan bukaan pengatup selama 30 saat setiap gambar dan menyusun semula menggunakan perisian.

Sumber

Bagaimana Mengenali Penagih Instagram


Instagram ialah aplikasi suntingan gambar untuk telefon pintar berkamera. Asalnya dibangunkan untuk iPhone kemudian berkembang ke platform Android. Populariti Instagram menarik minat Facebook dan membelinya dengan harga $1bilion. Tetapi bagaimanakah anda boleh mengetahui seseorang itu sedang menggunakan Instagram? Flowtown memberikan panduan infografik untuk anda mengenali karakter pengguna Instagram. Klik pada gambar untuk paparan penuh.

How to Spot an Instagram Junkie
Flowtown - Social Media Marketing Application

Konsep Video Muzikal Majlis Pernikahan Awal & Scha


CST Production telah diberikan kepercayaan untuk merakamkan detik istimewa Majlis Perkahwinan Awal & Scha. Menariknya kali ini CST tampil dengan idea yang lain daripada yang lain. Berkonsepkan video muzikal CST berjaya menampilkan video yang penuh suasana ceria dan gembira. Saksikan.

Nikon D600 Mula Diperkatakan

Selepas pelancaran Nikon D800 wakil dari Nikon menyatakan D800 bukan pengganti kepada kamera Nikon D700 tetapi sebaliknya merupakan "sebuah kamera kategori baru". Desas desus mula kedengaran di mana Nikon akan melancarkan sebuah kamera frame-penuh dikenali sebagai D600 sebagai kamera entry level untuk model frame penuh. NikonRumors meletakkan kesahihan D600 setinggi 80%.

Spesifikasi D600 yang dikhabarkan adalah seperti berikut:

  • Sensor 24MP (dibuat oleh Sony, dimodifikasi oleh Nikon)
  • 39 titik AF (dengan pilihan 11 titik AF)
  • 5 fps (sama seperti D700, D800 mempunyai 4fps)
  • 2 slot kad SD dengan sokongan Eye-fi
  • Terbina dalam fungsi suntingan gambar 
  • Lampu denyar (flash) terbina dalam dengan sync speed 1/250s
  • Dua penetapan pengguna (user settings): U1 dan U2
  • Butang Fn


Ciri-ciri lain seperti GPS, video HD, fungsi HDR terbina dalam, fungsi selang waktu (time lapse), penyunting RAW dalam kamera dan mod crop DX automatik. D600 berkemungkinan tidak dilengkapi motor AF jadi ia hanya boleh menggunakan lensa AF-S seperti D3200 dan D5100.

Sebagai tambahan Nikon ada mempatenkan lensa 24-70mm f/3.5-4.5 yang direka untuk kamera siri FX DSLR. Dijangkakan lensa ini didatangkan bersama D600. D600 berkemungkinan diperkenalkan di Photokina pada September 2012 dengan harga sekitar $1500 (RM4500 ~RM5000).

Sumber Nikon Rumors

Wordless Web Nyahkan Teks di Laman Web



Gambar di sesebuah laman web boleh memberi impak kepada sesebuah artikel yang ditulis dan begitu juga sebaliknya. Namun kadang kala kita tidak perlukan sebarang teks untuk menikmati dan memahami keindahan sesebuah gambar. Seperti kata pepatah, "sebuah gambar lebih bermakna dari seribu kata".

Wordless Web ialah sebuah bookmarklet dibagunkan oleh Ji Lee and Cory Forsyth untuk membolehkan pengguna internet menyahkan teks di sesebuah laman web tanpa menggangu paparan gambar. Tanpa teks bermaksud tiada nama, tiada lebel atau definasi kepada gambar. Ini membolehkan maksud sesebuah gambar diteroka secara terbuka melalui imiginasi, kreativiti dan pemikiran seseorang. Wordless Web sangat sesuai digunakan di laman sesawang yang didedikasikan untuk paparan gambar seperti Flickr dan 500px.

Untuk mengaktifkan, pengguna hanya perlu ke laman Wodless Web dan seret icon Wordless Web ke sebarang tab pelayar. Refresh semula untuk kembali ke format asal.

Sumber  Wodless Web  via Gizmodo 

Iklan Inspirasi Sukan Paralimpik 2012

Atlit paralimpik adalah manusia yang cekal dan gigih. Disebalik serba kekurangan mereka berusaha mencapai tahap tertinggi sebagai seorang atlit. Inspirasi ini cuba diketegahkan oleh Canadian Paralympic Committee dalam sebuah iklan video YouTube dalam mempromosikan Sukan Paralimpik 2012.

Video yang berdurasi seminit mengetengahkan cerita atlit yang berlari menggunakan kaki prosthetic diiringi latar kejadian hidupnya dari kejadian kemalangan, di hospital dan latihan fizikal. Ia sebagai metafora kepada kegigihan, kecekalan dan usaha seorang atlik paralimpik mengatasi kekurangan fizikal dan mencapai tahap yang wajar dibanggakan. Menariknya video ini dirakam dengan hanya sekali rakaman tanpa sebarang bantuan CGI.

Iklan inspirasi atlit paralimpik ini juga dirakamkan dalam bentuk foto.

Gambar-gambar Perlawanan Terakhir Manchester City dan Manchester United di EPL 2011-2012 (14 gambar)

on Mei 15, 2012


Aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2011-2012 menyaksikan pertembungan paling dramatik dalam sejarah bolasepak. Manchester City akhirnya dinobatkan sebagai juara liga setelah menewaskan Queens Park Rangers (QPR) 3-2 sekaligus menamatkan kemarau selama 44 tahun. Manchaster United terpaksa akur di tempat ke-2 walaupun menewaskan Sunderland 1-0. Kami paparkan gambar-gambar menarik sepanjang perlawanan di Stadium of Light dan Stadium Etihad.

Sunderland vs Manchester United, Stadium of Light.


Rakaman Video 60FPS Dengan Aplikasi SloPro Untuk iPhone4S

Jka anda pernah menyunting video, kelajuan frame per second (FPS) penting untuk mendapatkan efek gerak perlahan. Lebih tinggi FPS lebih lancar gerak perlahan yang boleh diperolehi. Walaupun gerak perlahan boleh dihasilkan dengan perisian seperti "Twixtor" namun hasil terus dari kamera video adalah lebih berkualiti.

Fotomanipulasi Ironman + Batman = Iron Batman


Pernahkah anda bayangkan jika Tony Stark mencipta sut untuk Batman? Jika ya, Dragonfly929 telah merealisasikan bayangan anda.

Top 10 Lensa-lensa Telefoto Ekstrim Pernah Dihasilkan


Lensa telefoto penting untuk jurugambar mengambil gambar dari jarak jauh. Lensa seperti 70-200mm f/2.8, 200mm/f2 dan 200-400mmf f/4 biasanya digunakan oleh jurugambar sukan, alam semulajadi dan hidupan liar tanpa perlu mendekati subjek. Malahan ada juga jurugambar yang menggunakan super telefoto untuk mengambil gambar potrait. Dalam kepesatan globalisasi telefoto super sangat diperlukan terutama oleh agensi-agensi berita dan majalah terkenal untuk merakamkan gambar terbaik dalan sesuatu acara bersejarah. Harganya pula ada yang sama dengan harga sebuah Ferrari. Kami menyenaraikan 10 lensa telefoto ekstrim pernah dihasilkan sehingga hari ini.

#10 Sigma 200-500mm f2.8 EX DG Telephoto Lens
"Kapal selam" Sigma ini merupakan lensa telefoto zoom pertama yang dilengkapi bukaan aperture f/2.8 tetap pada jarak 200mm sehingga 500mm. Jarak fokal boleh digandakan kepada 400mm-1000mm f/5.6 menggunakan telecoverter 2x yang didatangkan bersama. Pertama kali diperkenalkan pada Pameran PMA 2007, ia dilengkapi penapis polarizer 72mm, bateri Li-ion untuk mengkuasakan motor autofokus selain paparan LCD untuk mengetahui titik fokus dan jarak.
Harga: $25,999.00

Lensa Eksotik Nikkor 6mm f/2.8

on Mei 14, 2012



Lensa mata ikan (fisheye) Nikkor 6mm f/2.8 ialah sebuah lensa jarang yang dihasilkan pada Mac 1972. Lensa ini mendapat perhatian apabila dijual oleh Gray of Westminster pada harga UK£ 100 000 (kira-kira RM 490 000). Lensa ini diperkenalkan pada tahun 1970 di pameran Photokina di Cologne, Jerman.

Nikkor 6mm f/2.8 mempunyai sudut pandangan 220º menjadikannya sebagai lensa yang mempunya sudut terlebar pernah dihasilkan. Ia menggunakan 12 elemen gelas dalam sembilan kumpulan dan berkeberatan 5.2kg. Jarak fokus minimum ialah 25cm.

Contoh gambar yang diambil menggunakan Nikkor 6mm f/2.8.


Ara Solis - Pelayaran Merentasi Lautan Selimut (5 gambar)



Ara Solis adalah siri fotografi kreatif oleh Luis Gonzalez Palma yang meggunakan lembaran selimut sebagai sebuah lautan dan melayarkan kapal di atasnya. Siri ini adalah simbolik kepada mimpi warga Eropah yang migrasi ke barat.

Ujian Ketahanan Canon 7D


Apa akan terjadi jika sebuah Canon 7D dilanggar dengan lori, dijatuhkan dari tangga, disejukbekukan dan dibakar? Apakah tahap kerosakan yang dialami dan bolehkan ia digunakan selepas itu? Persolan ini terjawab apabila DigitalRev telah melakukan ujian ketahanan ke atas Canon 7D (nombor siri 580516676). Saksikan video di bawah.

Amaran: Jangan cuba aksi ini di rumah (melainkan anda mempunyai wang yang banyak untuk dibazirkan).

1923 Leica O-Series Catat Rekod Sebagai Kamera Termahal Dunia

Dengan harga $2.79 juta atau RM8.60 juta selepas cukai, 1923 Leica O-Series mencatat rekod baru dunia sebagai kamera termahal pernah dijual. Kamera ini dijual pada Lelongan WestLicht Photographica ke-21 di Veinna. Rekod terdahulu dipegang oleh kamera model yang sama pada harga $1.69 juta (RM5.24 juta) manakala lelongan pertama pada 2007, Leica O-Series terjual pada harga $435 297 (RM1.33 juta).
Leica telah mengeluarkan 25 unit model O-Series tetapi hanya 12 unit sahaja yang wujud sehingga hari ini.

 
© EraPiksel All Rights Reserved