Samsung Umumkan Kamera Mirrorless NX20, NX210 and NX1000

on Mei 18, 2012

Samsung telah mengumumkan tiga model kamera mirrorless siri NX yang diupayakan dengan 'Smart' Wi-Fi iaitu NX20, NX210 dan NX1000.

NX1000 

NX1000 menawarkan sensor APS-C 20.3MP, skrin LCD 3 inci, video rakaman HD 1080p, teknologi Smart Auto 2.0 dan Smart Link Hot Key iaitu perkongsian foto secara terus melalui Wi-Fi dengan hanya menekan sebuah butang. NX1000 bakal menjengah pasaran bermula Jun dengan harga $699 didatangkan bersama 20-50mm lensa zoom.


Samsung NX210


NX210 pengganti kepada model NX200 dimana ia dilengkapi skrin LCD 3 inci AMOLED yang berupaya memberikan paparan jelas walaupun dalam sebarang kondisi cahaya, kelajuan pengatup sehingga 1/8000s dan kepayaan rakaman 8 bingkai sesaat. N20 yang dilengkapi viewfinder elektronik berharga $1099 lengkap bersama kit lensa 18-55mm versi i-Fn.

NX20

Membawakan reka bentuk sebuah DSLR tetapi lebih kompak, Samsung NX10 mensasarkan kepada jurugambar yang menggemari kamera yang dan mudah dibawah. Didatangkan dengan skrin variangle 3 inci AMOLED, SVGA Electronic Viewfinder(EVF) untuk pandangan serta komposisi gambar dan sensor proximiti yang mengesan jarak penggunna dari skrin yang untuk menjimatkan bateri. Kelajuan pengatup setinggi 1/8000s dan berkeupayaan merakam 8 bingkai per saat. Akhir sekali NX10 dilengkapkan dengan level elektronik untuk memudahkan pengguna mendapatkan titik pusat semasa merakam gambar.
NX210 berharga $899 dengan kit lensa 18-55mm versi i-Fn.

www.samsung.com




Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved