Sensor Terbaru OmniVision Bakal Bawa Video 4K ke iPhone 5

on Mei 25, 2012


Bagi seorang pengguna biasa, iPhone 4S hanya dipertingkatkan secara minor. Ramai menganggap promosi berlebihan diberikan kepada pembantu bersuara pintar - Siri. Namun bagi peminat fotografi, teknologi kamera pada iPhone 4S sesuatu yang mengujakan. Dengan bukaan aperture f/2.4 dan teknologi anti gegar, ia meletakkan iPhone 4S sebagai raja fotografi dikalangan telefon pintar lain. Tetapi selepas pelancaran Nokia PureView 808 dengan kamera 41MP, iPhone 4S kelihatan sangat terkebelakang. Jadi, Apple perlukan sesuatu yang baharu untuk menerajui semula arena fotografi telefon pintar.

OmniVision telah mengumumkan dua sensor 16MP yang membawakan teknologi video 4K. Sensor yang hanya bersaiz 1/2.3 inci, mampu merakam 4K (resolusi 3480 x 2160) video pada 60fps dan resolusi 4608 x 3456 pada 30fps. Kedua-dua sensor juga boleh digunakan untuk rakaman foto dengan format imej 12-bit RAW. Untuk masa sekarang mungkin tiada pemproses telefon pintar yang mampu digunakan bersama sensor ini tetapi dengan perkembangan teknologi masa kini ia bukan halangan besar.

Video 4K adalah resolusi baru dalam cinematografi digital and grafik komputer. Sebagai perbandingan, resolusi rakaman Full HD ialah 1920 x 1080.

Pemerhati berpendapat jika iPhone atau iPad generasi akan datang dikuasakan dengan sensor terbaru OmniVision ini, ia kelihatan sangat sempurna digunakan bersama Retina Macs yang sedang hangat diperkatakan. OmniVision pernah membida untuk menyediakan sensor kamera iPhone 4S tetapi kalah kepada Sony kerana mereka tidak mampu menampung kapasiti pengeluaran sebelum pelancaran iPhone 4S.

iPhone generasi ke lima dijangkakan dilancarkan penghujung tahun ini.

Sumber Cult of Mac
Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved