Facebook Lancarkan Aplikasi Kamera Sendiri

on Mei 25, 2012


Tanpa sebarang khabar angin, Facebook tiba-tiba melancarkan aplikasi kamera mereka sendiri dikenali "Facebook Camera". Aplikasi yang boleh dihubung ke akaun Facebook turut menyediakan kemudahan mengambil gambar, tag dan komen pada gambar.



Selain itu aplikasi ini diperkuatkan dengan ciri-ciri lain seperti fungsi crop, pusing (rotate) dan efek pada gambar (seperti Instagram). Salah satu perkara menarik pada aplikasi ini adalah ia menjadi alternatif kepada aplikasi Facebook sedia ada - melalui penyediaan news feed yang hanya memaparkan gambar di laman utama. Ini bermaksud sebarang kemaskini dari aplikasi ini adalah dari rakaman gambar/video sepenuhnya.

Setakat ini, aplikasi Facebook Camera dibagnunkan untuk pengguna iOS sahaja.

Dengan kepesatan teknolgi di telefon pintar, langkah yang diambil oleh Facebook sangat tepat. Anda boleh dapatkan aplikasi Facebook Camera di iTunes.

Sumber Facebook Camera

Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved