Aplikasi Perkongsian Gambar Untuk Memalukan Pesalah Parking

on Mei 30, 2012

Kita selalu melihat orang meletakkan kereta sesuka hati. Contohnya parking untuk orang OKU biasanya diisi oleh kereta mewah yang merasakan mereka berhak parking betul-betul di hadapan pintu masuk walaupun mereka bukan golongan OKU. Situasi lebih teruk jika kereta yang parking menghalang lalu lintas dan menyusahkan pengguna.

Untuk mengatasi permasalahan ini The Village menghasilkan sebuah aplikasi Android, Parking Douche. Melalui aplikasi ini pengguna boleh mengambil gambar kereta yang salah parking dan kemudiannya kongsikan gambar serta plat nombor kereta tersebut. Aplikasi ini kemudiannya menyiarkan gambar kepada alamat IP berdekatan memaklumkan seseorang sedang meletakkan kereta secara tidak betul.

Buat masa ini aplikasi Parking Douche hanya untuk pengguna Russia. Diharapkan The Village boleh mengemaskini untuk pengguna seluruh dunia. Kami di Malaysia sangat memerlukan aplikasi Parking Douche.

Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Liza @ Adzriel AB berkata...

jgn ada yg suka amik gambar plet no je


30 Mei 2012 1:34 PTG

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved