Rekaan Semula Logo Google Menggunakan Lemparan Cat

on Jun 29, 2012

Sempena meraikan ulang tahun Google+, jurugambar Alex Koloskov dan penyunting digitial Genia Larionova bekerjasama menghasilkan rekaan semula logo Google menggunakan gambar lemparan cat. Mereka melambungkan cat yang mempunyai warna yang sama dengan logo asal, dan cuba mendapatkan bentuk yang terbaik untuk setiap huruf. Kemudian bentuk-bentuk yang terpilih dikombinasikan di dalam Photohsop.

Foto Angkasawan Don Pettit dan Koleksi Kameranya di ISS

on Jun 28, 2012

Entri sebelum ini memaparkan keindahan foto-foto yang dirakam dari Stesen Ankasa Antarabangsa (ISS) oleh angkasawan Don Pettit. Mungkin anda terfikirkan apakah kamera dan lensa yang digunakan? Gambar terbaru yang didedahkan oleh NASA menunjukkan gambar Don Pettit yang dikelilingi DSLR dan lensa-lensa Nikon.

Boleh anda kenal pasti model kamera dan jenis lensa yang digunakan?



Sumber OnOrbit


Lagi Foto Keindahan Jejak Cahaya Bintang dan Bumi dari ISS






Bulan lalu kami paparkan sekeping foto long exposure yang dirakam dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) oleh Don Pettit. Dari laman Flickr beliau, terdapat banyak lagi gambar yang telah dirakamkan.

Instaglasses: Cermin Mata Konsep Untuk Penggila Instagram

on Jun 22, 2012


Instagram kini menjadi trend yang digunakan di hampir setiap gambar dari telefon pintar. Dengan sedikit terapan penuras (filter) gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih unik. Fenomena Instagram memberikan idea kepada pengahasilan sebah kacamata konsep, Instaglasses. Asasnya sama, iaitu pengguna Instaglasses boleh menerapkan penuras pada cermin mata dan melihat dunia dalam seni, contohnya: Amaro atau Inkwell pada masa sebenar. Lebih menarik, Instaglasses juga dilengkapi butang untuk merakamkan gambar dan berkongsi di laman Instagram.

Video Lawak Nikon D800 lwn. Canon 5D Mark III

Crisis Lab membuat perbandingan antara dua kamera DSLR format penuh terkini iaitu Canon 5D mark III dan Nikon D800. Kedua-dua kamera ini berada dalam kelas yang sama. Video yang dibuat leh Crisis Lab tidak sama dengan yang pernah anda saksikan, di mana mereka menggunakan pendekatan yang kelakar dan kadang kala NSFW semasa membandingkan hasil sebenar 5D Mark III dan D800. Pastikan anda menonton Bahagian 2 untuk kesimpulan hasil ujian yang dijalankan oleh Crisis Lab. Anda juga boleh baca perincian ujian yang dilakukan di sini.

Bahagian 1

Portrait Meyeramkan Hasil Kesan Tratcher


Jurugambar Anuschka Blommers dan Niels Schumm merakamkan siri foto untuk sebuah kempen Dove di mana mereka menggunakan kesan Tratcher untuk menghasilkan wajah menyeramkan secara tersembunyi. Kesan ini dihasilkan dengan menterbalikkan potrait dari atas ke bawah dan pada masa yang sama mengekalkan mata dan mulut pada kedudukan asal. Otak manusia tidak mampu mengesan perubahan kecil tersebut dan potrait itu kelihatan normal. Tetapi apabila potrait itu ditegakkan pada posisi normal wajah pada portrait kelihatan sangat menyeramkan.

Gambar Pertama Bumi Dirakam Di Atas Atmosfera Kutub Utara

NASA mendedahkan gambar pertama bumi yang diambil dari atas Kutub Utara. Gambar ini merupakan gabungan dari 15 gambar yang dirakamkan oleh satelit yang melalui Kutub Utara pada altitud 512 batu. Berbeza dengan gambar Blue Marble, gambar yang dirakam dari Kutub Utara ini kelihatan lebih banyak daratan berbanding lautan.

Sumber Gizmodo

Iklan Syampu Yang Membuatkan Anda Menitiskan Air Mata

Selepas iklan berhenti merokok yang menyentuh perasaan, kami terjumpa satu lagi iklan yang lebih mengharukan. Kali ini dari syarikat syampu terkemuka, Pantene. Iklan ini sangat lain dari iklan syampu yang pernah anda saksikan di Malaysia. Pastikan ada tisu di sebelah untuk mengelap air mata.

Foto-foto Seni Halus Alex Stoddard (11 gambar)



Alex Stoddard merupakan jurugambar berasal dari Georgia. Baru berumur 18 tahun, beliau memperlihatkan bakat semulajadi sebagai seorang jurugambar yang mempunyai potensi besar di masa hadapan. Stoddard memfokuskan kepada karya foto penggabungan manusia dengan alam semulajadi, potrait-potrait aneh dan surreal.


Di laman perkongsian gambar Flickr, Stoddard berjaya melaksanakan Projek 365 - mengambil gambar setiap hari selama setahun. Setiap gambar yang dimuat naik menerima puluhan ribu view dan puluhan komen. Projek 365 Stoddard berakhir pada 26 Julai 2011.

Nikon D800E Catat Skor Tertinggi DxO Mark Atasi D800

on Jun 21, 2012


Sebelum ini Nikon D800 mencatat skor tertinggi DxO Mark dengan bacaan 95.  Hari ini DxO Mark mengeluarkan keputusan ujian untuk D800E dengan jumlah skor keseluruhan 96, satu mata mengatasi D800 menjadikan D800E sebagai raja baru ujian DxO Mark.

Iklan Berhenti Merokok yang Menyentuh Perasaan

Iklan dihasilkan oleh Ogilvy Thailand untuk Thai Health Promotion Foundation. Kenapa iklan di Malaysia tak power macam ni?

Facebook Beli Syarikat Pengecam Wajah, Face.com


Selepas membeli Instagram dan Lightbox, Facebook sekali lagi membuat kejutan apabila membeli syarikat perisian pengecaman wajah (face rocognition), iaitu Face.com. Pembelian ini dilihat sebagai langkah serius Facebook dalam mempelbagaikan servis di sistem paparan foto di laman sosial popular itu.

Face.com ialah sebuah laman milikan Israel yang fungsi utamanya menyediakan platform mengecam wajah melalui foto secara automatik, dengan menawarkan REST API secara percuma. Sistem penegcaman wajah ini diperakui ramai dan menarik Facebook untuk membelinya. Tiada harga pembelian yang diumumkan setakat ini tetapi sumber tidak rasmi mengatakan harga adalah antara  $50M ke $100M (RM150juta ke RM300juta).

.

Gambar Artis Minggu Ini: Maria Farida di Super GT

Pada 10 Jun, Maria Farida berjaya mencuri perhatian jurugambar yang hadir ke Super GT yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Realistik Apple iPhone 5 oleh Martin Utrecht


Martin Utrecht telah memodelkan Apple iPhone 5 atau iPhone Baharu 2012 menggunakan perisian Rhinoceros berdasarkan gambar panel yang dibocorkan beberapa minggu lalu. Perincian yang dilakukan sangat realistik dimana cap jari juga diperlihatkan.


Spesifikasi dan Gambar-Gambar Microsoft Surface



Beberapa hari lalu Microsoft melancarkan pesaing kepada Apple iPad dikenali sebagai Surface. Surface direka dengan variasi dua sistem operasi, Windows RT dan Windows 8 Pro.


Microsoft Surface terbina bersama Kickstand, papan kekunci setebal 3mm yang juga berfungsi sebagai penutup skrin, dual kamera (depan dan belakang), speaker stereo dan mikrofon.

Spesifikasi utama Microsoft Surface mengikut variasi adalah seperti berikut:


Konsep Telefon Pintar Facebook oleh Michal Bonikowski

on Jun 06, 2012


Khabar telefon pintar Facebook kembali hangat selepas syarikat rangkaian sosial terbesar di dunia itu mengambil belasan bekas jurutera Apple bekerja dengan mereka. Jurutera-jurutera tersebut pernah bekerja membangunkan perisian dan perkakasan iPhone dan iPad. Dengan perkembangan ini telefon pintar Facebook dijangka dikeluarkan tahun hadapan.

Sehubungan itu, Michal Bonikowski seorang pereka, menghasilkan sebuah konsep telefon pintar Facebook. Menggunakan kemasan casing aluminium berwarna biru, Bonikowski menggambarkan telefon pintar dengan skrin 4.2 inci, kamera hadapan dilengkap sensor 5-megapiksel dan 8-megapiksel untuk kamera belakang. Ia juga dilengkapi induction charging dan dedicated dock. Rekaan ini hanyalah konsep tetapi sangat menarik jika direalisasikan.

Infoto: Kuasa Kayuhan Basikal (15 gambar)

on Jun 05, 2012

Basikal merupakan sebuah kenderaan dua roda pada satu bingkai dan digerakkan melalui kayuhan tenaga manusia. Basikal diperkenalkan pada abad ke 19 dan hari ini manusia menggunakan basikal sebagai alat pengangkutan, rekreasi, perlumbaan dan sebagainya. Lebih 100 juta basikal dihasilkan setiap tahun dengan lebih 60% dihasilkan di China, menjadikan bilangan basikal di seluruh dunia melebihi satu bilion, iaitu dua kali ganda berbanding automobil.

Basikal mempunyai kelebihan sebagai kenderaan serampang dua mata. Dengan teknologi yang mudah, basikal tidak menghasilkan pencemaran alam sekitar malah memberikan manfaat kesihatan kepada penunggangnya. Di paparkan di sini gambar-gambar basikal dari serata dunia dan manfaatnya kepada manusia.

Seorang warga Tahiland menunggang bersama anaknya menggunakan tri-sikal buatan sendiri semasa bencana banjir dia Bangkok pada 28 Oktober 2011.

Banting Lawak di Festival Kaamatan, Sabah

Gambar ni dirakamkan semasa festival Kaamatan di Sabah baru-baru ini. Walaupun hadiah yang ditawarkan seperti jenaka, hakikatnya kambing merupakah hadiah yang memberi faedah ekonomi kepada penduduk di Sabah, terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.

Festival Kaamatan merupakan perayaan yang disabut pada bulan Mei di Sabah. Ia disambut di semua daerah dan kampung terutama penduduk majoritinya ialah Kadazandusun. Pesta bermula pada setiap 1 Mei di mana dilakukan pelancaran Pesta Kaamatan - signifikan sempena cuti Hari Buruh. Kemuncak perayaan ialah pada 30 dan 31 Mei dan diwartakan sebagai cuti umum oleh kerajaan negeri Sabah.

Gambar ini telah menjadi sensasi di laman Reddit setelah dipostkan oleh kraven420 dan menerima lebihan 2 ribu undi.


Salah satu komen di post tersebut, "I think Kadazandusun is just South of Mordor." 

Sumber Reddit

Projek “Deep Fried Gadgets”, Goreng Gajet Kritik Budaya Konsumer

Jurugambar dari Brooklyn, Henry Hargreaves bekerjasama dengan seorang stylist makanan, Caitlin Levin untuk projek fotografi “Deep Fried Gadgets”. Projek ini adalah kritikan kepada pembaziran dalam budaya konsumer hari ini yang sering menukar ganti gajet semata-mata untuk mengejar produk terbaru dan canggih.

Canon 650D Mungkin Dilancar Minggu Ini, Spekulasi 70D dan 3D

Canon Rumors menjangkakan Canon 650D/Rebel T4i akan dilancarkan pada 8 Jun ini. Spesifikasi masih belum disahkan tetapi sumber asal mengatakan menyatakan seperti berikut:
  • Sensor 18MP
  • 9 AF Points, all cross-type
  • LCD Sentuh
  • Continuous AF dalam LiveView & rakaman video
Canon Rumors juga menjangka lensa baru EF-S 18-135 IS diumumkan bersama EF 40mm f/2.8 pancake pada tarikh yang sama.

Di Sebalik Foto: Muhammad Ali Berlatih Tinju di Dalam Air - 1961

on Jun 04, 2012


Foto ini dirakamkan oleh Flip Schulke pada tahun 1960 di Miami. Terdapat satu cerita menarik disebalik gambar istimewa ini.

Jurugambar Flip Schulke diperkenalkan kepada Muhammad Ali pada tahun 1960. Schulke memberitahu Ali dia juga merupakan jurgambar bawah air. Mendengarkan kenyataan itu, Ali memberitahu satu rahsia kepada Schulke yang dia melakukan satu rutin latihan tinju dalam air. Peninju terkenal itu membenarkan Schulke mengambil gambarnya di dalam air dengan syarat gambar itu mesti dipampang di majalah LIFE. Schulke bersetuju dan sesi penggambaran dilakukan. Beberapa minggu kemudian gambar tersebut dicetak dua muka penuh di majalah LIFE. Sedekad kemudian Ali membuat pengakuan latihan dalam air itu adalah tipu muslihat yang dilakukan semata-mata untuk masuk di majalah LIFE. Tujuan Ali hanya untuk promosi dan sensasi. Lucunya Ali sendiri tidak tahu berenang.

Walaubagaimanapun, gambar tersebut kekal sebagai gambar ikonik yang sangat menarik dan istimewa. Pose Ali yang meyakinkan dan komposisi artistik oleh Flip Schulke berjaya menggambarkan Ali sebagai seorang peninju yang hebat.

Sumber

Keindahan Jelapang Padi di bandar Genai, Jepun

Jurugambar Jason Arney merakamkan keindahan jelapang padi yang teletak di wilayah Saga, bandar Genkai, Jepun. Jelapang padi yang tersusun betingkat di lereng bukit menjadi pemandangan yang indah terutama ketika waktu matahari terbit dan terbenam. Pada waktu petang dikala matahari memantulkan cahaya di jelapang, ia kelihatan seperti pecahan kaca yang besar.

Kontroversi Gambar Kaki Yuna Zarai di Instagram

@yunzarai
Penyanyi yang sedang meningkat naik, Yuna Zarai menghadapi sedikit kontroversi apabila memuat naik gambar kakinya di laman aplikasi sosial bergambar Instgaram. Penyanyi yang popular dengan lagu Terukir Di Bintang ini merakamkan gambar tersebut ketika dalam perjalanan menuju ke Chicago, USA untuk sebuah persembahan.

Kontroversi timbul berikutan peminat-peminat Yuna mempersoalkan kredibiliti Yuna sebagai seorang penyanyi yang terkenal dengan imej bertudung, tetapi telah mendedahkan aurat kakinya. Yuna bagaimanapun  telah memadam komen-komen negatif yang diterimanya di profil tersebut.

Gambar tersebut menunjukkan Yuna meletakkan kakinya di atas dashboard kereta yang bergerak di sebuah jalan raya dengan berlatarkan langit biru. Gambar ini ditagkan dengan deskripsi "Day 2 #tourlife" dan diterapkan dengan penuras (filter) Lo-Fi. Profil Yuna Zarai di Instgaram boleh diikuti di @yunazarai.

Peten Terbaru Nikon Dedah Lensa Mirrorless f/0.7

on Jun 02, 2012



Paten terbaru yang didaftarkan oleh Nikon berkemungkinan lensa akan datang untuk kamera mirrorless Nikon 1 mempunyai bukaan aperture sebesar f/0.7. Perkembangan ini menarik kerana bukaan aperture yang besar untuk kamera mirrorless belum pernah dihasilkan oleh mana-mana syarikat. Bagaimanapun harus diingat harga untuk bukaan aperture sebesar f/0.7 tidak akan datang dengan harga yang murah. Sebagai perbandingan lensa Canon 50mm f/1.2 dijual pada harga $1500 (~RM4,500).

Mengikut rekod, bukaan aperture f/0.7 merupakan bukaan terbesar pernah dihasilkan dalam sejarah fotografi. Ia direka pada lensa 50mm Carl Zeiss Planar dan digunakan NASA untuk merakam tempat yang gelap di bulan pada tahun 1966.

Selain itu lensa 50mm Carl Zeiss Planar f/0.7 juga digunakan oleh Stanley Kubric dalam penggambaran filem "Barry Lyndon" untuk babak cahaya lilin.

Sumber
Paten: Nikon Rumors
Info Carl Zeiss Planar f/0.7: Wikipedia.

“Sucker Punch” Juga Ada Babak Senggama Minda

Minggu lalu kami ada paparkan satu babak senggama minda dari filem "Contact". Kali ini kami kongsikan satu lagi babak yang hampir sama dari filem "Sucker Punch". Berbeza dengan "Contact", "Sucker Punch" tidak menggunakan teknik CGI untuk mendapatkan kesan yang menarik ini. Peminat berpendapat babak ini menggunakan cermin untuk reflek kepada pelakon sebenar dan dibantu post-processing menjadikan ia kelihatan real.

Menariknya kedua-dua babak dari filem "Contact" dan "Sucker Punch" menggunakan pelakon yang sama iaitu Jena Malone.

Sumber

Illustrasi Pintar: Copywriter vs. Art Director (12 gambar)

Copywriter (maaf tiada terjemahan tepat dalam Bahasa Melayu) ialah orang yang menggunakan teks sebagai medium untuk mempromosikan sesuatu jenama/produk secara efektif. Pengarah seni pula (art director) mempunyai tugas yang sama seperti copywriter tetapi  medium penyampaiannya adalah seni visual.

Untuk lebih memahami perbezaan antara Copywriter dan Art Director siri illustrasi berikut boleh membantu.

Masej Dari Pengarah Fotografi Nat Geo: Hentikan Guna "Filters"

Lambakan penggunaan "filters" atau efek penerapan gambar seperti yang digunakan pada aplikasi Instagram tidak boleh digunakan jika anda mahu gambar anda diterima di laman majalah National Geography. Menurut panduan yang baru dikeluarkan oleh Pengarah Fotografi National Geography, teknik penambahbaik gambar seperti  minimal dodging dan burning, black and white, hand tinted images, HDR dan crop masih boleh diterima asalkan dilaksanakan dengan baik. Penggunaan lensa fish eye tidak digalakkan manakala filters dilarang sama sekali.

Masej larangan penggunaan filters oleh pengarah fotografi majalah terkenal dunia itu tegas dengan masej: “No. Please stop.” ("Tidak. Sila hentikan").

50 Tips Pantas Fotografi (video)

DigitalRev dengan stail infotainmen mereka yang tersendiri, menyediakan video 50 tips pantas untuk fotografi. Enjoy!

 
© EraPiksel All Rights Reserved