20 Gambar Paling Menyentuh Perasaan (Bahagain 2)

on Julai 31, 2012



Bahagian 1 | Bahagian 2


Berikut adalah koleksi 20 gambar lagi paling ikonik pernah dirakamkan dalam 100 tahun. Sambungan dari Bahagian 1.


Lyndon Johnson mengangkat sumpah sebagai Presiden di Air Force One sambil disaksikan Jacqueline Kennedy yang memakai suit Chanel merah jambu yang masih berlumur dengan darah suaminya, John Kennedy.



Greg Cook memeluk anjingnya Coco yang ditemui di dalam rumahnya yang musnah akibat Tornado pada Mac 2012, di Alabama.

Sudut berbeza sebelum insiden Tank Man di mana beliau bertindak berani menghadapi kereta kebal yang sedang melalui jalan raya, sebagai protes kepada kerajaan di Tiananmen. Dalam foto di atas Tank Man berada di tengah jalan raya di antara dua batang pokok dan kereta kebal sedang bergerak di sebelak atas kanan gambar.

Seorang mangsa Tsunami Jepun 2011 kesedihan selepas menjumpai album gambar keluarganya.

Anjing yang diberi nama Leao duduk berhampiran kubur pemiliknya yang mati dalam bencana tanah runtuh berhampiran Rio de Janiero pada 15 Januari 2011.

Terri Gurrola bertemu anak perempuannya selepas berkhidmat di Iraq selama 7 bulan.

"Tunggu saya Ayah" oleh Claude P. Dattlodd pada 1 Oktober 1940: Satu barisan askar berbaris di British Columbia menuju ke kereta api sedang seorang kanak-kanak berusia lima tahun, Whitey Bernard, terlepas dari pegangan emaknya untuk mengejar bapanya.

Askar US mengharungi air menuju ke pantai semasa pendaratan D-Day Normandy pada 6 June 1944.

Seorang bayi berusia 4 bulan diselamatkan selepas hilang selama empat hari akibat tsunami di Jepun.

Seorang sami berdoa kepada seorang lelaki yang mati mengejut semasa menunggu kereta api di Shanxi Taiyuan, China.
Kanak-kanak Romania menghulurkan belon berbentuk hati kepada polis anti rusuhan semasa protes menentang langhkah penjimatan di Bucharest.

Pele dan Bobby Moore menukar jersi pada tahun 1970 sebagai simbol hormat semasa Piala Dunia yang dicemari ketegangan kaum
Seorang ahli bomba memberikan air kepada seekor koala semasa kebakaran hutan Black Saturday di Victoria, Ausralia , 2009.

Helen Fisher mencium kereta yang membawa jenazah sepupunya, Swasta Douglas Halliday, 20 tahun yang tebunuh di Wootton Bassett di England.

Tanisha Blevin, 5 tahun, memegang tangan mangsa lain Hurricane Katrina Nita LaGarde, 105, semasa mereka dipindahkan dari pusat konvensyen di New Orleans.

Banduan Perang Dunia ke-2 Jerman, yang dikeluarkan oleh Kesatuan Soviet, bersatu semula dengan anak perempuannya. Kanak-kanak itu tidak pernah melihat bapanya sejak beliau berusia satu tahun.

Protester beragama Kristian melindungi protester Islam yang bersembahyang di tengah-tengah kebangkitan di Kaherah, Mesir, pada tahun 2011.

Seorang ibu sedang menenangkan anaknya di Concord, Alabama selepas rumah mereka dimusnahkan oleh tornado pada April 2011.




>> Ke Bahagian 1


Sumber
Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© EraPiksel All Rights Reserved