4 Julai 2012 merupakan satu detik penting kepada sejarah manusia apabila ujikaji sains yang dilakukan di Large Hadron Collider (LHC) berjaya menemui satu pertikel baru yang konsisten dengan teori Higg-Boson atau lebih dikenali sebagai "Partikel Tuhan." Saintis yang mencadangkan kewujudan kuasa Higg boson ini ialah Peter Higg yang kini berusia 83 tahun. Idea kuasa Higg boson ini telah dikemukan pada 1964.
Apa itu Higg Boson? Secara ringkasnya, kuasa Higg Boson inilah yang membuatkan semua benda mempunyai berat, bentuk dan sifat. Batu bersifat berat dan keras, ular bersifat panjang, garam bersifat masin, semua ini terjadi daripada kuasa Higg Boson. Tanpa kuasa Higg Boson, kita semua dan benda di alam semesta ini akan terlerai menjadi subpartikel yang bergerak pada kelajuan cahaya. (sumber Zon152)
Untuk melihat samada teori Higgs-boson ini adalah benar, saintis perlu melakukan ujikaji untuk mencari partikel ini. Dalam keadaan bertenaga tinggi (kerana boson Higgs mempunyai jisim yang tinggi) ia akan cepat mereput setelah terhasil. Oleh itu pemecut zarah bertenaga tinggi diperlukan untuk mencerap kewujudannya melalui hasil-hasil pereputan daripada zarah Higgs (pencerapan tidak langsung).
Oleh yang demikian, timbul persoalan bagaimana untuk mencari atau menghasilkan partikel Higgs-boson? Saintis percaya bahawa ia boleh dihasilkan melalui ujikaji alat penghentam zarah (particle collider) seperti yang dibina oleh European Organization for Nuclear Research (CERN) yang dinamakan sebagai Large Hadron Collider (LHC).
LHC adalah pemecut zarah bertenaga tinggi yang terbesar di dunia pernah dibina. Saiz lingkarannya ialah 27 km dan berada di kedalaman 100 meter yang terletak di sempadan Franco-Swiss (Geneva). Ia memiliki keupayaan 1200 magnet yang disejukkan sehingga mencapai tahap -271oC, satu keadaan suhu yang lebih sejuk dari ruang angkasa lepas. Magnet ini bertujuan untuk memecut proton-proton sehingga mencapai 99.99998 peratus halaju cahaya dan mencetuskan pelanggaran proton tersebut antara satu sama lain.
Menurut saintis, pelanggaran ini akan menghasilkan keadaan yang sama sejurus selepas ‘Dentuman Besar’ yang mencetuskan partikel Higgs-boson buat pertama kali ketika proses awal kewujudan alam semesta.
Akhirnya pada 4 Julai 2012 yang lalu, diumumkan keputusan rasmi ujikaji yang dijalankan di LHC (Large Hadron Collider) menggunakan pengesan partikel ATLAS (A Toroidal LHC Apparatus) dan CMS (Compact Muon Solenoid) mengesahkan penemuan zarah atau partikel yang mempunyai jisim dianggarkan 125 GeV/c2 ( kira-kira 133 jisim proton atau 10-25 kg), dengan kejituan mencapai sigma 5. Penemuan partikel baru ini konsisten dengan andaian yang dbuat tentang partikel Higgs boson dan saintis mempercayai bahawa ia adalah Higgs boson. (sumber MajalahSains)
Sumber The Atlantic dan Ars Electronica
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan