20 Gambar Paling Menyentuh Perasaan (Bahagain 1)

on Julai 14, 2012

Bahagian 1 | Bahagian 2


Berikut adalah koleksi 20 gambar paling ikonik pernah dirakamkan dalam 100 tahun. Gambar-gambar ini memaparkan kehilangan, kekecewaan, kesedihan, kesetiaan dan kemanusiaan. 

Harold Whittles menderngar buat kali pertama selepas doktor memasang alat bantuan mendengar di telinga kirinya. 


Tahanan Yahudi pada masa pembebesan mereka dari kem "death train" berhampiran Elbe tahun 1945.
Kapten Polis Philadelphia yang sudah bersara, Ray Lewis ditahan kerana menyertai protes Occupy Wall Street pada 2011.


Atlit berbangsa Afrika Amerika, Tommie Smith dan John Carlos mengangkat gemgaman tangan ke udara sebagai solidariti pada Sukan Olimpik 1968. Pemenang pingat perak, Peter Norman dari Australia memakai badge Olympic Project for Human Rights sebagai sokongan kepada protes mereka. Kedua-dua Tommie Smith dan John Carlos kemudiannya digugurkan dari pertandingan.

Penduduk Perancis menangis kekecewaan apabila Nazi menguasai Paris pada Perang Dunia ke-2


Jurnalis Euna Lee dan Laura Ling, yang ditangkap di Korea Utara dan dijatuhi hukuman kerja keras selama 12 tahun, bersatu semula dengan keluarga di California selepas campur tangan diplomatik oleh Amerika Syarikat.

Seekor anjing disatukan semula dengan tuannya seleas tsunami di Japun, 2011.

Agim Shala, 2 tahun melepasi jaring kawat untuk diserahkan kepada datuknya di kem yang dikuasai United Arab Emirates di Albania. Ahli keluarga Shala kembali disatukan setelah melarikan diri dari Kosovo.

Seorang vateran perang berbangsa Russia melutut di sebelah kereta kebal yang pernah digunakan olehnya semasa perang. Kereta kebal tersebut telah dijadikan monumen.

PoW Horace Greasley tidak menghiraukan arahan dan menghadapai Heinrich Himmler semasa pemeriksaan kem tempat dia dikurung. Greasley juga terkenal kerana berjaya melarikan diri dari kem dan meyusup masuk semula secara rahsia lebih 200 kali semata-mata untuk menemui gadis Jerman yang dicintainya.

Christian Golczynski, 8 tahun menerima bendera semasa memorial perkhidmatan untuk ayahnya, Marine Staff Sgt. Marc Golczynski. Marc Golczynski ditembak hanya beberapa minggu sebelum tempoh perkhidmatannya tamat.

Seorang askar Sudan People's Liberation Army berdiri penuh perhatian semasa sambutan kemerdekaan Sudan Selatan dari Sudan.

Gambar pose yang sama oleh tiga adik beradik dalam selang tiga waktu berbeza.

Robert Peraza bertakafur di atas nama anaknya di Memorial 9/11 yang terletak di tapak World Trade Center pada sambutan ulang tahun ke 10 tragedi 9/11.

"La Jeune Fille a la Fleur," sebuah gambar yang diambil oleh Marc Riboud menunjukkan seorang pencinta keamanan, Jane Rose Kasmir meletakkan sekuntum bunga di bayonet seorang pengawal Pentagon semasa protes perang Vietnam pada October 21, 1967. Gambar ini menjadi penggerak kepada penggunaan bunga sebagai simbol keamanan.

Seorang rakyat Australia, Alex Thomas mencium teman wanitanya Scott Jones yang merupakan rakyat Kanada yang dipukul jatuh oleh pegawai polis semasa rusuhan di Vancouver, British Columbia.  Rakyat Kanada merusuh selepas  Vancouver Canucks kalah kepada Boston Bruins dalam Stanley Cup.

John F. Kennedy Jr. memberi tabik hormat semasa pengusungan keranda ayahnya.

Phyllis Siegel, 76, kiri, dan Connie Kopelov, 84, keduanya dari New York, berpelukan selepas menjadi pasangan pertama yang berkahwin di pejabat Manhattan City Clerk pada 2011.

Gambar bumi yang diambil oleh angkasawan William Anders samasa misi Apollo 8, 1968.

Paderi angkatan tentera laut, Luis Padillo memberikan ritual terakhir kepada seorang askar yang ditembak sniper semasa pemeberontakan di Venezuela. 
>> Ke Bahagian 2
Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Sara berkata...

hmmmm pndai jurufoto ambik gmbr..mmg tersentuh..


16 Julai 2012 pada 6:21 PTG

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved