Seni iPhoneografi Terbaik (45 gambar)

on Januari 15, 2012


iPhoneografi (iPhoneography) ialah fotografi menggunakan kamera Apple iPhone. Dengan pelbagai aplikasi-aplikasi yang meyokong iPhone trend iPhoneografi semakin meluas. Jika dahulu gambar-gambar yang baik hanya dihasilkan dengan kamera DSLR hari ini ia telah berubah. Telefon pintar kini memiliki teknologi kamera yang menghasilkan gambar yang mengkagumkan. Disenaraikan dibawah sejumlah 45 gambar terbaik yang dirakam dan disunting hanya menggunakan iPhone.
Gladly Beyond





Video Stop-Motion: Keriangan Buku-buku di Waktu Malam

on Januari 14, 2012


The Joy of Books ialah sebuah karya stop-motion oleh Sean Ohlenkamp yang menganimasikan kehidupan buku-buku pada waktu malam. Video ini dihasilkan di Type Books di Toronto.

via laughingsquid.

CES2012: Polaroid Dedahkan Kamera Telefon Android


Telefon pintar yang kita lihat hari ini semakin maju dengn pelbagai teknologi kameranya. Pelbagai strategi telah digunakan oleh syarikat telefon untuk memperkasakan telefon pintar mereka. Paloraid salah satu jenama dalam industri kamera digital telah menghasilkan sesuatu yang berlawanan. Pada CES2012 Polaroid telah mendedahkan sebuah kamera yang mempunyai ciri-ciri sebuah telefon pintar. Polaroid SC1630 Smart Camera ialah sebuah kamera kompak 16 megapiksel yang dikuasakan oleh Android, 3x zoom optikal (36-108mmm), skrin sentuh 3.2 inci, rangkaian WiFi, rakaman video 720p dan geotagging. Polaroid SC1630 juga boleh berfungsi sebagai telefon biasa. Sistem Operasi Android membolehkan penggunaan pelbagai aplikasi gambar dari Android Market. Akan dipasarkan mulai April dengan harga $300.

Sumber dpreview.

CES2012: Fujifilm Umumkan X-Pro1 dengan Tiga Lensa Prima


Pada CES2012 yang lalu Fujifilm telah mengumumkan kamera mirrorless terbaru mereka iaitu Fujifilm X-Pro1 berserta tiga lensa prima. X-Pro1 didatangkan dengan sensor APS-C X-Trans CMOS 16.3 megapiksel bersaiz 23.6×15.6mm serta dilengkapi sistem pembersih gegaran ultrasonik. Ciri-ciri X-Pro1 berkeupayaan merakam format RAW, slot kad SD, rakaman HD 1080p serta bunyi stereo, ISO dari 200 hingga 6400 (boleh dianjak kepada 25600), 256 TTL metering zon, 6fps rakaman berterusan, 3inci LCD skrin, viewfinder hybrid dan lengkapan 10 mod simulasi filem (seperti Provia, Velvia, Astia, B&W). Harga untuk badan X-Pro1 dikhabarkan $1,700.

15 Foto Termahal Di Dunia


Fotografi merupakan salah satu dari cabang seni. Kamera ialah perkakasan untuk menghasilkan sebuah karya seni sama seperti pelukis yang menggunakan berus untuk sebuah lukisan. Jika anda penah meneliti gambar-gambar yang memenangi pertandingan foto yang berprestij sesebuah gambar mempunyai maksud yang mendalam yang diterjemahkan melalui komposisi sudut, pencahayaan dan warna yang sempurna. Senarai di bawah adalah 15 foto termahal di dunia yang telah terjual dan ada beberapa gambar dihasilkan oleh jurugambar yang sama. Mungkin ada yang skeptikal melihat gambar-gambar yang tidak kelihatan mahal tetapi jika membaca semula profil jurugambar serta penerangan setiap gambar, siapalah kita untuk mempertikaikan penilaian subjektif sesebuah karya seni. Hanya jauhari mengenal manikam.

15. Joueur d'Orgue oleh Eugène Atget. Dijual pada April 2010 dengan harga: $686,500.
Gambar ini adalah salah satu dari sini gambar ‘Picturesque Paris’ yang dihasilkan oleh Atget pada penghujung 1809. Gambar ini memaparkan pemain organ di sebuah jalan di Paris. Pemain-pemain muzik pada masa tersebut berperanan seperti surat khabar. Lagu-lagu yang dihasilkan mereka sering diilhamkan dari peristiwa-peristiwa semasa dan secara tidak langsung mereka menyebarkan berita dan idea kepada masyarakat.

Bagaimana Merakam Gambar Yang Cantik Menggunakan Kamera Telefon Bimbit

on Januari 13, 2012


Dunia hari ini menyaksikan fotografi ada di mana-mana. Fotogafi tidak lagi terhad dengan memiliki sebuah DSLR tetapi cukup dengan hanya sebuah telefon bimbit. Kepesatan teknologi membolehkan syarikat-syarikat pembuat telefon seperti Apple, HTC, Samsung dan Nokia menghasilkan kamera yang berkualiti tinggi untuk telefon bimbit. Walaupun kamera telefon bimbit tidak sehebat kamera DSLR, gambar yang terhasil lebih dari memuaskan. Artikel ini akan membantu anda cara yang terbaik dalam penggunakan telefon bimbit untuk menghasilkan gambar yang lebih berkualiti dan menarik.

Sebelum Mengambil Gambar 


1. Bersihkan lensa - Telefon yang anda gunakan semestinya sering diletakkan di dalam poket, di atas meja dan sebagainya. Faktor ini memudahkan habuk terlekat pada permukaan lensa. Bersihkan menggunakan kain yang lembut. Sebaiknya gunakan kain pengelap khas untuk cermin mata.

Jurugambar Profesional Eddie Putera di Stanza TV9


Eddie Putera merupakan seorang jurugambar profesional di Malaysia. Beliau telah berkecimpung sebagai jurugambar profesional sejak 2008 dan telah menghasilkan karya untuk pelbagai agensi. Baru-baru ini TV9 melalaui slot Stanza telah merakamkan pengalaman Eddie Putera sebagai seorang jurugambar. Banyak pengetahuan yang telah beliuah dikongsikan dan beberapa kerja di sebalik tabir turut ditunjukkan.

Part 1


Lensa Gelap: Star Wars di Dunia Sebenar (11 Gambar)


Cédric Delsaux telah mengambil gambar di beberapa lokasi di bandar-bandar model seperti Paris dan Dubai. Bagaimanapun dia mendapati gambar yang diambil kekurangan 'sesuatu'. Jadi Delsaux meletakkan beberapa karakter dari filem Star Wars menciptakan sebuah siri gambar epik yang kemudiannya dinamakan 'Dark Lens (Lensa Gelap)'. Delsaux juga telah manghasilkan buku untuk projek ini yang boleh di beli di Amazon.

Dari Hitam Putih kepada Warna Warni (12 gambar)

on Januari 12, 2012


Kerja ini adalah hasil kerja tangan seorang redditor perempuan (mygrapefruit). Beliau mewarnakan gambar lama yang berwarna hitam putih kepada pelbagai warna lain menjadikan ia kelihatan lebih hidup. Dari komen yang ditulis di reddit, mygrapefruit membertahu setiap gambar yang diwarnakan mengambil masa dari 20 minit sehingga 2 jam.  Software yang digunakan adalah Adobe Photoshop dimudahkan dengan tablet Wacom Bamboo. Pemilihan warna untuk setiap gambar berdasarkan perasaan dan tekaan beliau sendiri. Gambar pertama yang beliau post ke reddit adalah gambar di bawah.


mygrapefruit telah membina websitenya sendiri iaitu pastincolour.com. Bagaimanapun belum ada sebarang gambar atau tutorial yang ditulis di dalam blog tersebut. Anda boleh lihat hasil kerja-kerja mygrapefuit pada pautan seterusnya di bawah.

Bagaimana iPhone Menjadi Kamera Paling Popular di Dunia (Infografik)


Telefon pintar perlahan-lahan mula menggantikan fungsi komputer. Melayari laman web, bersosial, bermain game, merakam video dan mengambil gambar adalah antara fungsi utama yang  mesti ada dalam sebuah telefon pintar hari ini. Telefon pintar menjadi semakin kecil tetapi kualitinya semakin meningkat. Apple melalui iPhone 4S yang dilancarkan baru-baru ini memberi fokus serius kepada penghasilan gambar berkualiti tinggi. Beberapa fungsi yang telah diterapkan adalah sistem anti-gegar, bukaan aperture f/2.4 dan penambahan lapisan optik untuk gambar yang lebih menyerlah. Perhatian yang serius diberikan oleh Apple kepada kualiti kamera iPhone 4S tidak memeranjatkan jika anda membaca infografik di bawah. Dari iPhone generasi pertama sehingga iPhone 4, iPhone telah menjadi satu fonomena dalam industri kamera digital.

Infografik penuh selepas pautan.

Apabila Lelaki Bergaya Pin-up (7 gambar)



"Men-ups!" adalah projek parodi oleh Rion Sabean memaparkan foto-foto lelaki menggayakan posisi stereotaip pin-up seseorang model wanita. Setiap gaya ini kelihatan seksi jika digayakan oleh model perempuan tetapi apabila digayakan oleh lelaki ia kelihatan menjengkelkan tetapi kelakar.

Seni Dedaun Walter Mason

on Januari 11, 2012


Walter Masin dari Berlin, Jerman memanipulasi dedaun untuk menghasilkan gambar yang kreatif. Gambar-gambar yang dihasilkan menggunakan tumbuh-tumbuhan dan perkakasan yang biasa dijumpai di sekitar rumah.


Foto-foto Alam Terbaik Sepanjang Zaman (10 gambar)


Foto-foto yang dipaparkan dibawah adalah sebahagian daripada 40 foto alam terbaik sepanjang zaman. Foto-foto ini dipilih oleh ahli International League of Conservation Photographers (ILCP) sempena meraikan Hari Bumi ke 40 tahun pada April 2010.
Copyright © Paul Nicklen


Produk Kecantikan Fotoshop dari Adobé

on Januari 10, 2012


Produk kecantikan seperti Avon, Simply Siti dan sebagainya sinonim dengan masyarakat perempuan di Malaysia. Keberkesanannya (untuk menjadikan seseorang itu benar-benar cantik) bergantung kepada kebijaksanaan tukang make-up membancuh pelbagai jenis produk sesuai dengan rupa paras seseorang perempuan (lelaki pun boleh). Tetapi ia terhad kepada wajah dan bukan bentuk badan. Produk kecantikan terbaru keluaran Adobé (sebutan Aa-do-be) dinamakan Fotoshop teleh menyelesaikan masalah ini. Dengan hanya satu produk, Fotoshop mampu menjadikan anda cantik bukan hanya di badan malah di mana-mana sahaja tempat yang anda inginkan. Saksikan video promo di bawah.



Sumber

CES2012: Canon Dedahkan G1X. Pesaing Baru Kamera Mirrorless


Pada CES2012 ini Canon telah mendedahkan Canon G1X yang ditafsirkan oleh penganalisis sebagai jawapan Canon kepada pasaran kemera mirroless.

G1X diperkasakan dengan sensor CMOS 14.3 megapiksel  bersaiz 1.5"(18.7mmx14.0mm). Gambar di bawah adalah perbandingan saiz sensor G1X dengan beberapa saiz kamera Canon yang lain.

Sensor G1X adalah kira-kira 1.85 crop factor 
Untuk perbandingan, sensor kemera Micro Four Thirds ialah 18 x 13.5mm (2.0 crop factor), dan Nikon 1 Series ialah 13.2 x 8.8mm (2.7 crop factor).

G1X dilengkapkan dengan lensa 4x zoom (15.1mm-60.4mm bersamaan 28mm-112mm frame penuh)  bukaan aperture f/2.8-f/8, sistem pembersih menggunakan penggegar ultrasonic, slot SD, rakaman video HD 1080 H.264, ISO 200 sehingga 6400 (boleh diluaskan kepada 25600),  256 metering zon TTL, 6fps petikan berterusan, skrin berputar 3 inci dan viewfinder hybrid.

Dipasarkan pada Februari dengan harga $800.

CES 2012: Sony Umumkan Xperia S dengan Kamera 12-megapiksel, paparan HD dan Sensor Sony Exmor R


Sony mengumumkan satu lagi siri telefon pintar Xperia; Sony Xperia S. Ia dilengkapkan dengan 1.5GHz pemproses dua-teras MSM8260, 4.3 inci paparan 1280x720 (HD penuh), 1GB RAM dan menyokong rangkaian LTE. Xperia S didatangkan dengan pilihan memori 16Gb dan 32GB.

Spesifikasi kamera Xperia S adalah 12 megapiksel kamera belakang dengan sensor Sony’s Exmor R backlit. Xperia S dijangka dipasarkan ke seluruh dunia pada bulan March.

CES2012: Nokia Lumia 900 Didedahkan


Nokia telah mendedahkan telefon pintar terbaru mereka yang menggunakan platform Windows Mobile iaitu Nokia Lumia 900. Telefon pintar ini dilengkapkan dengan rangkaian 4G LTE connectivity, skrin kapasitif 4.3" 800x480 ClearBlack AMOLED, 16GB storan dalaman, cip pemprosesan 1.4GHz QualcommSnapdragon  dan bateri 1830mAH untuk 300 jam masa sedia dan 7 jam masa bercakap.


Lumia 900 mempunyai spesifikasi kamera yang sama dengan Nokia Lumia 800 iaitu 8 megapiksel kamera dengan lensa CarlZeiss 28mm f/2.2 dan dua-LED flash. Kamera hadapan dilengkapi dengan lensa darjah luas f/2.8.

Nikon D4 Tidak Sesuai Untuk Awek Comel

on Januari 09, 2012

Berat Nikon D4 termasuk bateri sekitar 1.3kg. Jika ditambah lens 50mm f/1.4G berat dianggarkan menjadi 1.5kg.  Bagaimanapun berat sebenar D4 terletak pada harganya iaitu  kira-kira RM18,000. Inilah bebanan yang tertera pada wajah seorang model semasa memperagakan Nikon D4 (dan dirinya).

Paparkan Terus Gambar dari DSLR ke iPad

on Januari 07, 2012


Sebagai pengguna DSLR anda pasti pernah mengalami situasi ini: Gambar yang diambil kelihatan cantik di LCD kamera tetapi apabila dipindahkan ke komputer untuk diproses hasilnya mengecewakan. Masalah ini terjadi kerana saiz LCD kamera yang kecil menyebabkan juruambar gagal meneliti kualiti gambar yang diambil. Jurugambar professional biasanya menyambungkan DSLR mereka terus kepada laptop supaya setiap gambar yang telah diambil dipaparkan terus di skrin yang besar.

Kemunculan iPad telah menyelesaikan masalah ini. Apa yang anda perlukan ialah sebuah iPad (sebarang model), kad memori Eye-Fi beserta aplikasi Shuttersnitch. Lihat video di bawah demonstrasi paparan DSLR terus ke iPad.

Alam Fantasi Nadav Bagim (11 foto)


Apakah gambar makro paling cool pernah anda lihat? Gambar semut bergaduh, mata labah-labah atau putik bunga? Terlalu biasa jika dibandingkan dengan projek 'Alam Fantasi' (Wonderland) Nadal Bagin. Dengan menggunakan perkakasan dan prop yang biasa seperti sayur-sayuran, beg plastik, bunga dan daun-daun beliau telah mencipta dunia makro yang sangat mengkagumkan. Hasil gambarnya seolah-olah dihasilan oleh Disney/Pixar.


Kamera yang digunakan adalah Canon 60D, lensa 100mm f/2.8 dibantu beberapa speedlite untuk pencahayaan.  Abobe Photoshop hanya digunakan sedikit untuk menaikkan warna, kontras, saiz semula dan watermark. Melalui interviw di mymodernmet.com beliau memberitahu perkara paling susah semasa projek 'Alam Fantasi' adalah mendapatkan subjek (serangga) pada posisi dan gaya yang dikehendaki.

Kamera Nikon D4, Lensa AF-S 85mm f/1.8G dan Pemancar Tanpa Wayar WT-5 Diumum Secara Rasmi

on Januari 06, 2012


Nikon D4

Spesifikasi Utama:
  • 16.2 effective megapixel, full-frame sensor (16.6MP total) 
  • 10fps shooting with AF and AE, 11fps with focus and exposure locked, 
  • 24fps 2.5MP grabs 91,000 pixel sensor for metering, white balance, flash exposure, face detection and active d-lighting 
  • ISO Range 100-12,800 (extendable from 50 – 204,800) 
  • MultiCAM 3500FX Autofocus sensor works in lower light and with smaller apertures 
  • Two sub-selector joystick/buttons for shooting orientation 
  • 1080p30 HD video at up to 24Mbps with uncompressed video output 
  • New EN-EL18 battery (21.6Wh capacity, CIPA-rated at 2600 shots) 
  • Twin card slots - one Compact Flash and one XQD 

Sample gambar Nikon D4.

Lagi sample gambar.

Ramalan Dunia Kamera Digital 2012

on Januari 05, 2012


Kita telahpun menjejak di tahun 2012. Menoleh semula dunia kamera tahun lalu pelbagai teknologi dan inovasi baru telah diperkenalkan. Dengan kemajuan yang semakin pesat, kamera telah berevolusi menjadikan kamera bukan lagi untuk mengambil gambar semata-mata. Bagaimanakah perjalanan dunia kamera tahun 2012? Penulis berkongsikan pandangan dan ramalan pergerakan industri kamera digital tahun 2012 hasil pemerhatian di tahun 2011.

1. Persaingan Mirrorless Interchangeable-Lens Camera (MILC)

Tahun 2011 meyaksikan mirrorless interchangeable-lens camera (MILC) atau electronic viewfinder with interchangeable lens (EVIL) atau apa sajalah terminologi yang anda faham telah mendapat permintaan yang menggalakkan. Statistik yang dikeluarkan oleh BCN di Jepun sepanjang 2011 merekodkan MILC menguasai 23.1%  dari total 83.3% pasaran kemera. Malahan, sebanyak 15 model MILC dikeluarkan sepanjang tahun 2011 berbanding hanya 8 model tradisi DSLR. Nikon dan Pentax merupakan nama baru yang menceburkan diri bersama-sama Sony, Olympus, Panasonic dam Samsung.

Peretasi yang memberangsangkan seperti Sony Nex-5N, kepantasan contrast-detection autofocus, saiz yang kompak, keupayaan merakam video definisi tinggi dan penghasilan lebih banyak adapter pihak-ketiga (third-party) akan merancakkan lagi persaingan pasaran MILC pada tahun 2012. Syarikat Fujifilm juga dikatakan telah bersedia mengeluarkan MILC pertama mereka selepas review yang positif diterima melalui kamera Fujifilm X100. Canon bagaimanapun belum menunjukkan minat menghasilkan sebarang MILC.

2.  Lebih Fokus Kepada HDSLR
Apabila Nikon D90 dikeluarkan pada 2008 dengan keupayaan merakam video berdefinisi tinggi dunia DSLR telah berubah. Kemudian Canon mengeluarkan 5D mark II yang dikhabarkan menjadi game-changer dalam industri perfileman. Ia menjadi kenyataan apabila pada tahun 2011, kamera 5D Mark II telah  digunakan dalam menghasilkan filem berbajet besar seperti Captain Amerika dan Iron-Man 2. Video menggunakan DSLR menjadi pilihan atas beberapa sebab berikut:
  • keupayaan merakam video berdefisini tinggi 
  • kualiti tinggi dalam situasi kurang penchayaan (high ISO capability),
  • kebolehan menukar pelbagai lensa 
  • sistem dua dalam satu (kamera dan video) 
  • harga yang murah (dalam kategori kamera yang membuat filem)


Seiring dengan kejayaan 5D mark II dan 7D, Canon terus memberi fokus dalam menghasilkan lebih banyak kamera DSLR khusus untuk video untuk tahun 2012. Kamera yang dikhabarkan dikeluarkan adalah 5D mark III dan 7D Mark II. Lebih menarik Canon telah memperlihatkan C300 yang dijangka memberi saingan sengit kepada kamera perfileman yang lebih gah seperti RED 4k.  HDSLR telah menjadi kemestian dalam sesebuah kamera. Sony dan Nikon dijangka akan terus menambahbaik perestasi HDSLR dan dijangkakan beberapa format video baru akan diperkenalkan.

Seni Lukisan Cahaya Dennis Calvert (10 foto)


Lukisan cahaya adalah teknik yang menggunakan pendedahan panjang (long exposure) sesebuah DSLR. Biasanya lukisan cahaya dibuat pada waktu malam kerana memerlukan kelajuan pengatup (shutter speed) melebihi 1 saat. Lukisan cahaya paling biasa dilihat adalah tulisan 2012 menggunakan bunga api. Yang lebih kreatif melukis bunga dan pokok menggunakan pelbagai jenis cahaya lampu.

Seni lukisan cahaya oleh Dennis Calvert adalah berbeza. Beliau telah meletakkan seni lukisan cahaya pada tahap yang lebih tinggi dengan kreativiti yang luar biasa. Enjoy.




Jurugambar Professional termuda Iraq - Qamar Hashim


Baru berumur lapan tahun, Qamar Hasim telah menjadi jurugambar professional di Iraq. Gambar-gambar yang diambil oleh beliau telah dipaparkan di beberapa pameran sekitar Baghdad. Jika anda ada anak yang meminati kamera beri galakan. Mana tahu boleh menjadi seperti Qamar Hasim.

Trik dalam Penggambaran Model


Foto X-Ray Perkakasan Kamera


Jurugambar Bill Rhodes telah mengambil gambar X-Ray perkakasan kamera. Terdapat lensa,
pemancar radio, pengawal lepasan shutter, pengubah cahaya dan bateri.

Lagi gambar di bawah.


Helmet Cybernetic Batman Jason Kang

on Januari 04, 2012



Jason Kang seorang pelajar di Pasadena Art Center College of Design, telah menghasilkan sebuah helmet Batman yang mempunyai muka sebenar seekor kelawar.  Beliau bukan saja melakar di kertas malah mengukirnya menjadi sebuah helmet sebenar.


Helmet Cybernetic Batman semasa dalam proses.

Tahap-tahap Seorang Jurugambar

Klik untuk besarkan.

Anda tahu di mana tahap anda sekarang? :D


Nikon D4 dan Lensa 85mm f/1.8G Dilancarkan Hujung Minggu Ini?


Khabar angin terbaru dari NikonRumor menyatakan Nikon D4 dan lensa 85mm f/1.8G akan dilancarkan pada 6 Januari ini dalam sebuah majlis di Empire Tower-Sathom Road, Bangkok. Pengumuman ini selari dengan bakal berlangsungnya CES2012 pada 10-13 Januari.


Nikon D4 (berkemungkinan 90% seperti gambar di atas) dilengkapkan dengan 16MP FX sensor, kad XQD dan berupaya menangkap gambar sepantas 11 fps .


Posting Pertama Barack Obama di Instagram


Gambar di atas adalah gambar pertama yang dimuat naik di akaun Instagram @barackobama. Gambar tersebut dianalisis telah melalaui tapisan Lomo-fi. Obama dalam gambar tersebut sedang meyampaikan ucapan kepada penyokongnya di Iowa.

Sumber

Pesona Kunang-Kunang di Jepun (6 photo)

Kunang-kunang adalah sejenis serangga yang dapat mengeluarkan cahaya yang dapat dilihat di malam hari. Ia memancarkan cahaya untuk saling mengenali, sebagai syarat untuk mengawan atau mempertahankan diri. Di Jepun musim kunang-kunang mengawan antara bulan Jun sehingga Julai telah memberi inspirasi kepada Digital Photo Blog untuk mengambil gambar-gambar yang cantik dan mempersonakan. Gambar-gambar yang diambil menggunakan kamera Nikon 300s, 50mm 1.4G dan ISO 1600 hingga 2000.


Memancing Secara Terbalik di Bawah Ais


J. Mettälä telah membuat rakaman yang unik di Tasik Saarijärvi di Vaala, Finland. Rakaman ini menunjukkan bagaimana rakan-rakannya memancing di dunia terbalik. Menakjubkan dan melangkaui minda.
 
© EraPiksel All Rights Reserved