Bagaimana Merakam Gambar Yang Cantik Menggunakan Kamera Telefon Bimbit

on Januari 13, 2012


Dunia hari ini menyaksikan fotografi ada di mana-mana. Fotogafi tidak lagi terhad dengan memiliki sebuah DSLR tetapi cukup dengan hanya sebuah telefon bimbit. Kepesatan teknologi membolehkan syarikat-syarikat pembuat telefon seperti Apple, HTC, Samsung dan Nokia menghasilkan kamera yang berkualiti tinggi untuk telefon bimbit. Walaupun kamera telefon bimbit tidak sehebat kamera DSLR, gambar yang terhasil lebih dari memuaskan. Artikel ini akan membantu anda cara yang terbaik dalam penggunakan telefon bimbit untuk menghasilkan gambar yang lebih berkualiti dan menarik.

Sebelum Mengambil Gambar 


1. Bersihkan lensa - Telefon yang anda gunakan semestinya sering diletakkan di dalam poket, di atas meja dan sebagainya. Faktor ini memudahkan habuk terlekat pada permukaan lensa. Bersihkan menggunakan kain yang lembut. Sebaiknya gunakan kain pengelap khas untuk cermin mata.



2. Gunakan resolusi maksima dan kualiti gambar terbaik - Gambar yang anda ambil berkemungkinan sangat cantik dan anda mahukan ia dicetak. Resolusi besar membolehkan gambar dicetak dalam saiz yang besar dan gambar tidak terjejas apabila dikecilkan. Sebaliknya gambar beresolusi kecil tidak akan cantik apabila dibesarkan.

3. Tutupkan kesan khas  - Elakan efek seperti black and white, sepia dan penambahan frame. Efek-efek ini boleh dihasilkan kemudian selepas gambar diambil.

4. Periksa white balance (WB) - kebanyakan telefon bimbit terkini mempunyai fungsi WB. Penggunaan WB yang salah akan menghasilkan warna yang berbeza daripada warna sebenar subjek yang anda ambil. Auto WB hanya sesuai untuk cahaya terang tetapi dalam pencahayaan yang kurang seperti di dalam bilik Auto WB kurang membantu. Cuba pilihan-pilihan WB yang disediakan seperti  "daylight", "fluorescent" atau "cloudy". Jika anda tidak pasti cuba sebarang pilihan WB dan lihat hasil gambar yang diambil. WB yang terbaik akan memberikan warna yang sama (atau hampir sama) dengan apa yang anda lihat dengam mata.


Semasa Mengambil Gambar 


5. Utamakan pencahayaan - Kelemahan utama kemera telefon bimbit adalah ketidakupayaan mengambil gambar dalam situasi kurang cahaya. Pindahkan subjek berdekatan dengan tingkap jika anda mengambil gambar pada waktu siang. Pada waktu malam cuba pergunakan pencahayaan dari lampu rumah.

6. Gunakan flash secara bijak - dalam situasi kurang pencahayaan perlunya penggunaan flash. Bagaimanapun penggunaan flash secara terus kepada subjek biasanya menghasilkan gambar yang kasar. Cuma off kan flash dan gunakan night-mode. Jika flash masih diperlukan tutupkan flash dengan sehelai tisu. Ini memberikan kesan yang lebih lembut kepada subjek.

7. Elakkan zoom digital - jika anda mahukan gambar yang lebih dekat, hampiri subjek. Zoom digital adalah crop di dalam kamera. Ia bukan pembesaran sebenar berbeza dengan zoom optikal. Digital zoom menyebabkan gambar yang terhasil mempunyai resolusi yang lebih rendah dari resolusi sebenar yang anda set.

8. Aplikasikan peraturan (rule) fotografi - belajar beberapa aturan mudah seperti rule of thirdIa akan banyak membantu dalam menghasilkan komposisi gambar yang menarik

9. Pastikan tidak bergegar - gegaran akan menyebabkan gambar kabur dihasilkan. Cuba bersandar pada tiang atau letakkan tangan anda pada sesuatu objek yang teguh sebelum gambar dirakam. Jika perlu gunakan tripod khas untuk telefon berkamera. Ambil gambar dalam keadaan tenang dan hanya bergerak selepas gambar habis dirakam.

Selepas Mengambil Gambar 


11. Edit dalam telefon - Telefon pintar seperti iPhone mempunyai kebolehan menyunting tahap warna. Pergi pada Edit dan mainkan level warna kepada tahap yang dikehendaki. Selain itu anda juga boleh menggunakan aplikasi- aplikasi seperti Instagram dan Camera+ untuk hasil suntingan lebih pelbagai,

12. Edit di komputer - Pindahkan gambar ke komputer. Gunakan Adobe Photoshop atau Adobe Lighroom untuk hasil suntingan yang lebih memuaskan. Skrin komputer yang lebih besar membolehkan suntingan yang lebih berkesan.

Mengambil gambar menggunakan telefon bimbit tidak banyak bezanya dari DSLR. Asasnya tetap sama. Kamera hanyalah perkakasan, yang utama adalah mata yang mengguna. Diharapkan artikel ini dapat memberi serba sedikit panduan dalam penggunaan kamera telefon bimbit.




Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 5 ulasan... read them below or add one }

Fakhruddin Aziz berkata...

info yang menarik!...terima kasih..!


13 Januari 2012 6:02 PTG
fau7i berkata...

Welcome! :)


13 Januari 2012 6:11 PTG
kartikel.com berkata...

info yang berguna


13 Januari 2012 6:28 PTG
roha berkata...

info best


31 Mei 2012 3:11 PTG
Jefry berkata...

terima kasih atas petunjuknya, sangat bermanfaat sekali
salam sukses


5 Oktober 2012 10:33 PG

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved