Top 10 Lensa-lensa Telefoto Ekstrim Pernah Dihasilkan

on Mei 15, 2012


Lensa telefoto penting untuk jurugambar mengambil gambar dari jarak jauh. Lensa seperti 70-200mm f/2.8, 200mm/f2 dan 200-400mmf f/4 biasanya digunakan oleh jurugambar sukan, alam semulajadi dan hidupan liar tanpa perlu mendekati subjek. Malahan ada juga jurugambar yang menggunakan super telefoto untuk mengambil gambar potrait. Dalam kepesatan globalisasi telefoto super sangat diperlukan terutama oleh agensi-agensi berita dan majalah terkenal untuk merakamkan gambar terbaik dalan sesuatu acara bersejarah. Harganya pula ada yang sama dengan harga sebuah Ferrari. Kami menyenaraikan 10 lensa telefoto ekstrim pernah dihasilkan sehingga hari ini.

#10 Sigma 200-500mm f2.8 EX DG Telephoto Lens
"Kapal selam" Sigma ini merupakan lensa telefoto zoom pertama yang dilengkapi bukaan aperture f/2.8 tetap pada jarak 200mm sehingga 500mm. Jarak fokal boleh digandakan kepada 400mm-1000mm f/5.6 menggunakan telecoverter 2x yang didatangkan bersama. Pertama kali diperkenalkan pada Pameran PMA 2007, ia dilengkapi penapis polarizer 72mm, bateri Li-ion untuk mengkuasakan motor autofokus selain paparan LCD untuk mengetahui titik fokus dan jarak.
Harga: $25,999.00




#9 Sigma 300-800mm f/5.6 EX DG HSM
Sigma 300-800mm f/5.6 mempunyai bukaan aperture tetap pada zoom dari 300mm sehingga 800mm. Ia antara lensa telefoto zoom pelbagai guna hampir setara dengan Sigma 200-500 f/2.8. Terbina di dalamnya 18 elemen optik dalam 16 kumpulan, fokus dalaman (IF), berdiameter 157mm, fokus minimum 6 meter, panjang 542mm dan sudut pandangan 8.2º - 3.1º. Lensa ini adalah paling murah berbading sembilan lensa yang lain.
Harga: $8000.00


#8 Canon EF 800mm f/5.6L IS USM Super Telephoto Lens
Lensa Canon EF 800mm f/5.6L IS USM Autofocus Lens merupakan lensa digital terpanjang dalam siri Canon EF. Diperkenalkan pada 2008 lensa mempunyai dua elemen fluorite, satu elemen UD dan Super UD glass. Ia juga kalis cuaca dan dilengkapi penstabil imej terbina di dalamya.
Harga: $13,899.00


#7 Nikon 1000mm f/6.3 mirror lens


Lensa reflex Nikkor ini tidak direka untuk SLR sebaliknya Reflex-Nikkor 1000mm f/6.3 adalah lensa catadioptric pertama Nikon untuk kamera siri Nikon S. Lensa yang sama dihasilkan dan dilengkapi dengan Nikon F Bayonet membolehkan ia dipakai pada Nikon F 1959. Lensa ini seberat 10kg, mempunyai lima elemen dalam tiga kumpulan. Minimum fokus adalah 30meter dan mempunyai diameter bersaiz 224mm.
Harga: $31,500.00


#6 Canon EF 1200mm f5.6L USM Lens
Canon EF 1200mm f/5.6L USM adalah telefoto super prime yang boleh digunakan dengan sebarang kamera Canon EOS. Pada sensor APSH (faktor crop 1.3x) seperti Canon EOS-1D Mark IV, field of view (FOV) menjadi bersamaan 1560mm. Canon menjelaskan lensa ini sebagai "lensa autofokus SLR terbesar dari segi jarak fokal dan bukaan aperture maksimum ". Bagaimanapun lensa ini tidak lagi dihasilkan oleh Canon.
Harga$120,000.00

Review


#5 LEICA APO-TELYT-R 1:5.6/1600mm
Lensa paling berat, paling mahal dan paling panjang yang pernah dihasilkan Leica. Lensa ini unik kerana ia adalah lensa paling mahal pernah direkodkan dijual untuk kegunaan individu. Leica APO-Telyt-R 1:5.6/1600mm telah ditempah khas oleh seorang peminat fotografi, Sheikh Saud Bin Mohammed Al-Thani dari Qatar. Ia telah dihantar kepada beliau pada 2006. Model prototype telah dipamerkan di kilang Leica di Solms, Germany.

Spesifikasi yang diketahui mengenai lensa ini: ia dihasilkan untuk kamera Leica siri-R fokus manual, panjang 1.2meter(1.5meter dengan hood), 42cm barel lensa dan seberat 60kg. Pada jarak 1600mm sudut padangan  kira-kira 1.5 darjah. Ia juga bersesuaian digunakan bersama Leica 1.4x dan 2x APO telecoverter yang meningkatkan jarak optikal kepada 1:8/2240mm dan1:11/3200mm.
Harga: $2,064,489.00 (Anda tidak salah tengok. Ya, 2 juta USD)


#4 Nikon 1200-1700mm f5.6-8.0 P ED IF Lens
Pertama kali diperlihatkan pada 1990, lensa ini merupakan lensa zoom termahal pernah dihasilkan di dunia. Mengikut data oleh photosynthesis lensa ini mempunyai no siri 200001 - 200015 yang menunjukkan hanya 15 unit sahaja lensa ini dihasilkan dari 1988 hingga 1998. Panjang lensa ini adalah 880mm. Binaannya terdiri dari 18 elemen dalam 13 kumpulan optikal ED dengan fokus dalaman (IF). Jarak fokus minimum adalah 10meter. Nikon 1200-1700mm berkeberatan 16kg dan berukuran 237mm diameter. Sudut pandangan sangat kecil iaitu 2°-1° sahaja.
Harga: Tidak dinyatakan.


#3 ZEISS Apo Sonnar T* 4/1700
Dihasilkan oleh Carl Zeiss, lensa ZEISS Apo Sonnar T* 4/1700 dikombinasikan untuk kamera format-medium Hasselblad 203FE 6x6cm untuk menjanjikan imej kualiti terbaik. Dengan jarak fokal 1700mm dan bukaan aperture f/4, rekabentuk yang kemas dan seksi  menjadikan lensa ini bediri dalam kelasnya yang tersendiri. Lensa ini seberat 256kg, mempunyai 15 optikal elemen dalam 3 kumpulan. Pertama kali diperkenalkan pada Photokina 2006.
Harga: Tidak dinyatakan.


#2 Nikkor Reflex 2000mm f/11 Lens
Diperkenalkan pertama kali di Photokina 1970, Nikkor Reflex 2000mm f/11 adalah lensa terpanjang dihasilkan Nikkor untuk sistem 35mm. Ia masih boleh digunakan bersama kamera digital SLR hari ini.
Lensa ini telah dilelong di lelongan WestLiche Photografia ke-19 untuk tabung amal Japanese Red Cross. Raja segala lensa reflex ini mempunyai keberatan 17.5kg dan berjaya meraih harga $94,800.
Harga: $94,800.00


#1 Canon 5200mm f/14 lens


Lensa Canon 5200mm f/14 menjadi viral apabila disenaraikan di eBay pada 14 Disember 2009. Bagaimanapun tiada pembeli sehingga tamat lelongan. Lensa ini mempunyai fokus minimum sejauh 120 meter, berkeberatan 100kg.

Menurut iklan yang dikeluarkan oleh Canon , lensa ini mampu mengambil gambar objek  dari jarak 30km hingga 52km. Keupayaan jarak fokal 5200mm membolehkan pembesaran objek 100 kali ganda berbanding lensa 50mm. 
Harga: $45,000.00

Kesimpulan
Dalam industri kamera digital yang mengejar kesempurnaan piksel, teknologi optikal turut berkembang. Teknolgi lensa moden kini dilengkapi teknologi anti gegar (IS untuk Canon dan VR untuk Nikon) dan penggunaan lapisan nano (nano coating) demi mengekalkan kualiti cahaya yang melalui setiap lapis optik.
Dari 10 lensa telefoto super yang disenaraikan di atas kita mendapati lensa terkini mempunyai bukaan aperture yang besar yang pada jarak fokal >1000mm. Contohnya Apo Sonnar T* 4/1700 dengan bukaan f/4 pada jarak fokal 1700mm. Telefoto zoom Sigma 200-500mm f/2.8 juga salah satu bukti kecanggihan teknologi lensa yang berjaya dicapai oleh jurutera.







Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© EraPiksel All Rights Reserved