Mark Zuckerberg akhirnya melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya, Priscilla Chan selepas sembilan tahun menjadi pasangan kekasih. Zuckerberg mengumumkan ikatan rasmi bersama Priscilla melalui kemaskini status di Facebook. Gambar perkahwinan mereka (gambar di atas) kemudian dimuat naik di susur masa Zuckerberg, telah meraih lebih 1 juta likes dan ribuan komen.
Jurugambar yang bertanggungjawab merakamkan gambar tersebut adalah Noah Kalina, seorang artis professional dari Brooklyn. Menurut Kalina, 31, dia menerima panggilan dari Zuckerberg dan Priscilla Chan sehari sebelum berlangsungnya majlis. Dia terus berlepas keesokkan pagi, dan tiba beberapa sebelum majlis bermula. Gambar yang diambil menggunakan Canon 5D Mark II dan lensa 24-70mm, dan mengambil masa 15 minit untuk suntingan.
Walaupun bukan jurugambar jurugambar perkahwinan professional tetapi Kalina cukup dikenali selepas menghasilkan video selang-waktu (time-lapse) yang merakamkan satu foto dirinya setiap hari selama enam tahun. Video tersebut menjadi sensasi pada 2006. Kalina berkenalan dengan Zuckerberg dan Priscilla Chan di sebuah majlis perkahwinan sahabat mereka.
Jurugambar kedua ialah Allyson Magda, seorang jurugambar professional dari NorCal. Sama seperti orang lain, dia diberitahu majlis yang berlangsung adalah majlis kejutan sempena graduasi Priscilla. Magda walaupun berpengalaman menghadapi situasi serupa: jemputan untuk majlis parti yang tiba-tiba bertukar menjadi majlis perkahwinan, tetap terkejut apabila mengetahui dia merupakan jurugambar untuk sebuah majlis perkahwinan bersejarah tahun ini. Magna hanya dimaklumkan mengenai perkahwinan itu selepas tiba di rumah Zuckerbergs di Palo Alto.
AP Photo/Facebook, Allyson Magda Photography |
Majlis perkahwinan Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan berlangsung sehari selepas Facebook membuat Tawaran Awam Awal (IPO) untuk menjual sahamnya dipasaran terbuka. Zuckerberg telah memberi sebentuk cincin batu delima kepada Chan.
Sumber Forbes dan Business week.
{ 2 ulasan... read them below or add one }
nama pun jutawan,, apa pun boleh..
25 Mei 2012 pada 1:00 PG
9 tahun jadi kekasih tu.. lame gile
25 Mei 2012 pada 3:59 PTG
Catat Ulasan