Flickr akhirnya mempertingkatkan paparan foto di laman webnya. Dikenali sebagai "liquid", laman Flickr akan memaksimakan saiz foto mengikut resolusi monitor secara automatik. "Liquid" juga diintegrasikan bersama "lightbox" membolehkan foto dipaparkan penuh pada skrin pengguna. Namun "liquid" hanya boleh digunakan untuk foto yang dimuatnaik pada 1 Mac 2012 dan ke atas.
Peningkatan yang dilakukan oleh Flickr ini sedikit ironi kerana sehari sebelum ini Gizmodo telah mengkritik Yahoo ke atas pemilikan Flickr yang dikatakan membunuh inovasi dalam Flickr. Kami mengharapkan Flickr akan terus menambahbaik sistem yang sedia ada untuk kekal bersaing sebagai laman perkongsian gambar yang popular.
Sumber blog Flickr.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan