Gambar Panel iPhone 5 Dedahkan Skrin 4 Inci dan Casing Aluminium

on Mei 30, 2012


Menurut khabar angin, iPhone generasi ke-5 akan dilengkapi dengan paparan skrin 4-inci. Sumber terbaru dari 9to5mac - salah sebuah syarikat yang membekalkan panel iPhone di China, mendedahkan gambar bahagian depan dan belakang iPhone 5.

Gambar tersebut menunjukkan iPhone akan datang kelihatan lebih lebar dan lebih tinggi. Selain itu Apple juga menggunakan bahan aluminium pada panel belakang seperti pada iPhone generasi-1. Sumber lain menyatakan resolusi untuk iPhone ini ialah1136 x 640 piksel menjadikan saiz skrin 3.99 inci secara diagonal.

Dari gambar itu juga mendapati port sambungan pada bahagian bawah kelihatan lebih kecil diapit oleh lubang spekar dan kamera hadapan diletakkan pada bahagian kiri atas,

Walaubagaimanapun gambar ini belum disahkan sebagai iPhone generasi ke-5 yang sebenar. berkemungkinan ia merupakan prototaip yang sedang diuji oleh Apple.

Apple dijangkan melancarkan iPhone generasi baru pada penghujung tahun ini.

Sumber 9to5mac via Gsm Arena

Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved