Rakaman Video 60FPS Dengan Aplikasi SloPro Untuk iPhone4S

on Mei 15, 2012

Jka anda pernah menyunting video, kelajuan frame per second (FPS) penting untuk mendapatkan efek gerak perlahan. Lebih tinggi FPS lebih lancar gerak perlahan yang boleh diperolehi. Walaupun gerak perlahan boleh dihasilkan dengan perisian seperti "Twixtor" namun hasil terus dari kamera video adalah lebih berkualiti.

Untuk pegguna iPhone4S, sebuah aplikasi dikenali SloPro berupaya meningkatkan FPS iPhone sehingga 60FPS pada rakaman video HD 720p.  Aplikasi ini boleh didapati secara percuma di Apple Store. Penggunaannya sangat mudah dimana pengguna hanya perlu menekan butang "volume down" untuk menukar kelajuan FPS semasa rakaman berjalan. Jika anda membayar $1.99 beberapa limitasi seperti watermarks dan perkongsian ke laman sosial dinyahkan. Anda juga boleh mengeksport rakaman ke Camera Roll atau iTunes untuk lebih suntingan.

SloPro via LIfehacker
Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved