Pete Souza/The White House |
Pada May 2009, Jacob Philadelphia (kanak-kanak dalam gambar di atas), melawat White House dengan bapanya yang merupakan seorang bekas marin yang kini bekerja sebagai staff di White House. Ayah Jacob memohon keizinan untuk mengambil gambar keluarga bersama Presiden Obama. Selepas selesai sesi penggambaran Jacob mahu bertanya sesuatu kepada Obama. Ayahnya, Mr. Philadelphia kemudian menyatakan keinginan Jacob kepada Obama tanpa mengetahui apakah soalan yang mahu ditanya oleh anaknya.
Jacob kemudian berkata kepada Obama, "Saya mahu tahu jika rambut saya sama seperti kamu." Suaranya terlalu perlahan sehinggakan Obama terpaksa menunduk dan menyuruhnya mengulang percakapan.
Selepas mendengar, Obama membalas, "Kenapa tidak kamu sentuh dan rasa sendiri?" Sambil merendahkan kepalanya separas Jacob, menyebabkan Jacob keraguan.
"Sentuhlah" gesa Obama.
Pasa saat Jacob menyentuh kepala presiden, jurugambar rasmi White House, Pete Souza yang terperanjant dengan perlakuan janggal presiden merakamkan adengan tersebut.
"Jadi, apa pendapat kamu?" Obama bertanya.
"Ya, ia rasa sama," jawab Jacob.
Jurugambar Pete Souza ketika ditemuramah Times mengenai gambar bersejarah ini berkata, "Sebagai jurugambar, kamu tahu bila kamu menghadapi saat unik."
Souza menambah lagi, "Tetapi saya tidak mengetahui sejauh mana satu gambar ini boleh menjadi gambar paling berharga dalam hidup. Gambar ini pantas menjadi kesukaan staff. Saya rasa orang tidak percaya dengan fakta yang presiden U.S sanggup untuk menunduk dan membiarkan seorang budak menyentuh kepalanya."
Seperti yang dinyatakan oleh The New York Times, Presiden Obama sentiasa mengelak untuk membincangkan isu perkauman. Tetapi gambar ini ditakrifkan sebagai "bukti yang nyata" presiden kulit hitam pertama Amerika ini masih mempunyai semangat perkauman kulit hitam yang mendalam.
{ 0 ulasan... read them below or add one }
Catat Ulasan