Kamera Instagram Bakal Menjadi Realiti

on Mei 17, 2012

Selepas Instagram memperoleh $1bilion melalui penjualan kepada Facebook, satu video dihasilkan oleh The Verge dimana Instagram menghasilkan kamera polaroid mereka sendiri dikenali Instagram-Snap. Walaupun video itu hanyalah lelucon tetapi ramai mengakuinya konsep idea yang diketengahkan sangat menarik.

Beberapa hari kemudian konsep kamera Instagram sebenar telah dibangunkan oleh Antonio De Rosa dari ADR Studio yang diberi nama Instagram Socialmatic. Instagram Socialmatic membawa reka bentuk rounded square (inspirasi dari icon Instagram App) yang nipis, dilengkapi skrin sentuh 4.3 inci, zoom optikal, terbina di dalamnya pencetak berwarna, WIFI dan Bluetooth, sambungan ke rangkaian sosial dan storan dalaman 16GB. Dengan Instagram Socialmatic adalah anda boleh mengambil gambar, sunting dan kongsikan secara digital atau cetak terus gambar dari kamera. Setiap foto yang dicetak disertakan nickname Instagram pengguna dan kod QR yang boleh diimbas menggunakan Instagram Socialmatic. Hasil imbasan membolehkan anda follow pemilik foto tersebut.


Ramai menjangkakan Instagram Socialmatic hanya sekadar konsep. Bagaimanapun Antonio De Rosa melihat potensi besar menjadikan konsep satu realiti. Beliau kemudiannya mendaftarkan Instagram Socialmatic di  Indiegogo untuk mencari dana menjadikan ia sebuah kamera sebenar. Dalam temph enam hari projek beliau meraih $2,300 dari $50,000 yang disasarkan. De Rosa berharap dia boleh menghasilkan Instagram Socialmatic di bawah harga $350.


Jika anda berminat mahu melihat kamera ini sebagai trend pada masa akan datang anda boleh menderma di sini.

Sumber Huffingtonpost dan Adr-studio.
Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 1 ulasan... read them below or add one }

Kaio berkata...

wow! agak cool tapi kenapa macam ada style digital. dah agak kurang klasik di situ.

http://kaio.my


29 Mei 2012 pada 2:36 PTG

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved