Nikon D600 Mula Diperkatakan

on Mei 16, 2012

Selepas pelancaran Nikon D800 wakil dari Nikon menyatakan D800 bukan pengganti kepada kamera Nikon D700 tetapi sebaliknya merupakan "sebuah kamera kategori baru". Desas desus mula kedengaran di mana Nikon akan melancarkan sebuah kamera frame-penuh dikenali sebagai D600 sebagai kamera entry level untuk model frame penuh. NikonRumors meletakkan kesahihan D600 setinggi 80%.

Spesifikasi D600 yang dikhabarkan adalah seperti berikut:

  • Sensor 24MP (dibuat oleh Sony, dimodifikasi oleh Nikon)
  • 39 titik AF (dengan pilihan 11 titik AF)
  • 5 fps (sama seperti D700, D800 mempunyai 4fps)
  • 2 slot kad SD dengan sokongan Eye-fi
  • Terbina dalam fungsi suntingan gambar 
  • Lampu denyar (flash) terbina dalam dengan sync speed 1/250s
  • Dua penetapan pengguna (user settings): U1 dan U2
  • Butang Fn


Ciri-ciri lain seperti GPS, video HD, fungsi HDR terbina dalam, fungsi selang waktu (time lapse), penyunting RAW dalam kamera dan mod crop DX automatik. D600 berkemungkinan tidak dilengkapi motor AF jadi ia hanya boleh menggunakan lensa AF-S seperti D3200 dan D5100.

Sebagai tambahan Nikon ada mempatenkan lensa 24-70mm f/3.5-4.5 yang direka untuk kamera siri FX DSLR. Dijangkakan lensa ini didatangkan bersama D600. D600 berkemungkinan diperkenalkan di Photokina pada September 2012 dengan harga sekitar $1500 (RM4500 ~RM5000).

Sumber Nikon Rumors
Ranking: 5
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

 
© EraPiksel All Rights Reserved